Dolar meningkat susulan kebimbangan perang perdagangan AS-Sino.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah memperolehi permintaan semasa lewat sesi Asia berikutan dengan kebimbangan mengenai pertikaian A.S.-China akan dinyalakan semula oleh kerana koronavirus. Baru-baru ini, Presiden A.S. Donald Trump dan Setiausaha Negara Mike Pompeo telah menyalahkan wabak tersebut kepada China, di mana mereka percaya bahawa inilah tempat asal wabak koronavirus. Berikutan dengan perkembangan terbaru, Setiausaha Negara Mike Pompeo juga mendakwa terdapat “sejumlah besar bukti” bahawa virus itu muncul dari makmal di bandar Wuhan dalam China. Walaupun Mike Pompeo tidak memberikan bukti, komen tersebut telah menurunkan sentimen risiko di pasaran. Susulan dengan ketegangan mulai memuncak, pasaran telah dikuasai oleh perdagangan yang menghindari risiko di mana pasaran selamat seperti dolar dan yen telah menarik tawaran dari para pelabur. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.04% kepada 99.45.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.80% kepada $ 21.83 setong pada masa penulisan di tengah-tengah prospek permintaan yang bertambah baik. Oleh kerana beberapa negeri A.S dan negara di Eropah serta Asia mulai melonggarkan sekatan koronavirus, prospek permintaan untuk bahan bakar telah meningkat, justerunya ia meningkatkan sentimen komoditi buat masa ini. Sebaliknya, harga emas tetap stabil dan meningkat sebanyak 0.05% kepada $ 1700.72 per troy auns pada saat penulisan berikutan dengan kebimbangan terhadap perang perdagangan dan koronavirus yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Special Holiday
All Day CNY Labor Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif EUR EU Economic Forecasts
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Apr) | 36.0 | 12.9 | – |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Apr) | 39.3 | 44.0 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Apr) | 12.3 | 12.2 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) | 52.5 | 44.0 | – |
| 04:30
(6hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 10.000M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 99.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 99.55, 100.15
Tahap sokongan: 98.85, 98.35

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2575. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2295.
Tahap rintangan: 1.2575, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2295, 1.2045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.0925. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0875.
Tahap rintangan: 1.0925, 1.0960
Tahap sokongan: 1.0875, 1.0830

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 106.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.00, 110.20
Tahap sokongan: 106.50, 105.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6680
Tahap sokongan: 0.6405, 0.6235

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6070. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6070, 0.6130
Tahap sokongan: 0.6000, 0.5940

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4155. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4155, 1.4485
Tahap sokongan: 1.3850, 1.3655

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagnag dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9585. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9780.
Tahap rintangan: 0.9780, 0.9880
Tahap sokongan: 0.9585, 0.9495

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 20.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 24.30.
Tahap rintangan: 24.30, 28.50
Tahap sokongan: 20.65, 17.70

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1697.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1710.00, 1718.50
Tahap sokongan: 1697.40, 1684.70