83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 June 2020                         Analisis Sesi Pagi

 

Mata wang euro melonjak selepas ECB melancarkan pelan pembelian bon sekali lagi.

Euro yang sebagai mata wang tunggal di Zon Euro melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh tiga bulan selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan untuk melancarkan pakej rangsangan yang baru pada hari semalam. Dalam sidang media itu, Pengerusi ECB Christine Lagarde memperluaskan rancangan rangsangan yang termasuk meningkatkan pembelian bonnya sebanyak 600 bilion euro, di mana rancangan ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh hingga akhir Jun 2021. Pakej rangsangan ini muncul hanya beberapa bulan setelah pelan rangsangan krisis pertama dilaksanakan, dengan jumlah keseluruhan menjadi 1.35 trilion euro sejak wabak baru ini muncul. Selain itu, ECB juga memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada tahap rendah kerana zon Euro masih dihantui oleh kesan negatif Covid-19. Juga perlu diperhatikan bahawa Christine Lagarde mengulangi bahawa ekonomi kawasan EU mengalami ‘kemerosotan yang belum pernah terjadi sebelumnya’ kerana virus itu  telah menghentikan seluruh kegiatan ekonomi negara, di mana kerajaan terpaksa melaksanakan langkah-langkah penguncian negara untuk memerangi virus tersebut. Semasa sesi perdagangan awal Asia, pasangan EUR/USD meningkat 0.01% ke 1.1340.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.02% ke $37.30 setong oleh kerana pelan pelanjutan pemotongan  pengeluaran minyak OPEC+ masih belum jelas. Menurut berita baru-baru ini, OPEC dan sekutunya berkemungkinan besar akan menjadualkan semula mesyuarat ke pertengahan Jun setelah kajian semula terhadap pematuhan pelan pemotongan disiapkan. Selain itu, harga emas melonjak 0.08% ke $1715.55 setroy ounce susulan dengan kelemahan pasaran indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – NonFarm Payrolls (May) -20,537K -8,000K
20:30 USD – Unemployment rate (May) 14.7% 19.8%
20:30 CAD – Employment Change (May) -1,993.8K -500.0K
22:00 CAD – Ivey PMI (May) 22.8
01:00

(6hb)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 222

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 96.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.25

Tahap sokongan: 96.85, 95.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2625. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2625, 1.2750

Tahap sokongan: 1.2495, 1.2435

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1345, 1.1400

Tahap sokongan: 1.1305, 1.1250

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 108.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.40.

 

Tahap rintangan: 109.40, 111.35

Tahap sokongan: 108.20, 107.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7005.

 

Tahap rintangan: 0.7005, 0.7205

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6655

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6430. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6490, 0.6540

Tahap sokongan: 0.6430, 0.6385

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3670. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah menuju ke arah tahap sokongan di 1.3380.

 

Tahap rintangan: 1.3670, 1.3855

Tahap sokongan: 1.3380, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumny di 0.9575. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9505.

 

Tahap rintangan: 0.9575, 0.9595

Tahap sokongan: 0.9505, 0.9425

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 38.00.

 

Tahap rintangan: 38.00, 41.05

Tahap sokongan: 34.35, 31.25

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1718.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokogan di 1709.45.

 

Tahap rintangan: 1718.20, 1727.45

Tahap sokongan: 1709.45, 1695.15