83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Julai 2022                          Analisis Sesi Petang

Aussie melonjak di tengah-tengah pelonggaran jangkaan tarif China daripada AS.

Selera risiko global semakin meningkat berikutan dengan peserta pasaran membuat spekulasi bahawa White House berkemungkinan akan mengumumkan pelonggaran beberapa tarif China akhir minggu ini dalam usaha untuk menstabilkan kadar inflasi, mata wang berisiko serta mata wang proksi China seperti Dolar Australia menerima momentum bullish. Pada masa ini, inflasi telah melonjak ke bacaan sebanyak 8.6%, White House sedang membahaskan sama ada melonggarkan beberapa tarif akan memberikan sedikit kelegaan kepada Pengguna AS. Di samping itu, Aussie melanjutkan keuntungannya menjelang keputusan dasar monetari penting daripada Reserve Bank of Australia. Pakar ekonomi meramalkan bahawa dasar kenaikan kadar 50 asas semasa Reserve Bank of Australia bertemu pada hari Selasa, menaikkan kadar tunai rasmi daripada 0.85% ke 1.35%, dengan kenaikan selanjutnya dijangka sepanjang 2022 untuk memerangi kadar inflasi. Walaupun begitu, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai dasar monetari dari Reserve Bank of Australia untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.20% ke 0.6880.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.36% ke $111.05 setong semasa penulisan di tengah-tengah pekerja luar pesisir Norway memulakan mogok yang akan mengurangkan pengeluaran minyak dan gas. Menurut kepada Reuters, pengeluaran minyak dari hari Rabu mungkin akan dipotong sebanyak 130,000 tong sehari, bersamaan dengan sekitar 6.5% pengeluaran Norway. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.08% ke $1809.20 setiap auns troy setakat penulisan susulan dengan kekurangan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                     AUD                                       RBA Rate Statement

18:00                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Jul) 0.85% 1.35%
16:30 GBP – Composite PMI (Jun) 53.1 53.1
16:30 GBP – Services PMI (Jun) 53.4 53.4

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 105.25, 106.30

Tahap sokongan: 104.40, 103.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2190, 1.2295

Tahap sokongan: 1.2085, 1.1985

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0575, 1.0780

Tahap sokongan: 1.0385, 1.0205

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 136.65, 137.70

Tahap sokongan: 134.45, 131.40

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 0.6990, 0.7275

Tahap sokongan: 0.6760, 0.6495

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6635, 0.6535

Tahap sokongan: 0.6200, 0.6070

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2975, 1.3050

Tahap sokongan: 1.2840, 1.2765

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9625, 0.9715

Tahap sokongan: 0.9510, 0.9415

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.75, 113.05

Tahap sokongan: 107.95, 103.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1811.15, 1831.15

Tahap sokongan: 1790.40, 1773.35