05 Ogos 2020 Analisis Sesi Pagi
Aussie melonjak susulan dengan penyataan hawkish dari RBA.
Dolar Australia telah mencatat keuntungannya susulan dengan penyataan yang hawkish dari Bank Pusat Australia semalam. Menurut kepada Penyata Dasar Monetari Australia semalam, bank pusat telah memegang dasar monetari tidak berubah sambil mengekalkan kadar faedah pada 0.25% semasa mesyuarat monetari terakhir. Tambahan pula, mereka juga menegaskan bahawa pakej rangsangan ekonomi dari Bank Pusat Australia untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi Australia telah dijalankan dengan lebih baik daripada jangkaan. Tahap kecairan dan kesolvenan pasaran di dalam ekonomi Australia kekal tinggi dan kadar pinjaman masih dikekalkan pada tahap terendah. Selain itu, mereka mengulangi bahawa mereka akan terus mengekalkan pelonggaran monetari semasa sambil memantau risiko pertumbuhan global, lebih banyak rangsangan ekonomi akan dijangkakan sekiranya beberapa peristiwa mendorong pertumbuhan ekonomi mereka bertentangan dengan jangkaan mereka. Seterusnya, Dolar Australia telah melanjutkan keuntungannya selepas data yang positif dari rantau Australia telah dibebaskan semalam. Menurut kepada Australian Bureau of Statistik, Australia Retail Sales untuk bulan yang lepas telah memberi bacaan sebanyak 2.7%, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 2.4%. Semasa penulisan, AUD/USD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.02% ke 0.7155.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.05% ke $41.51 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas stok minyak mentah mingguan API menyusut sebanyak 8.6 juta tong lagi untuk minggu yang berakhir pada 1 Ogos. Pada masa kini, para pelabur akan memantau perkembangan mengenai data inventori dari Energy Information Administration (EIA) untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.16% ke $2022.65 se troy auns semasa penulisan susulan dengan keadaan jangkitan koronavirus yang semakin buruk, yang selanjutnya mencetuskan permintaan ke atas aset selamat seperti emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Jul) | 47.7 | 57.1 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jul) | 47.1 | 56.6 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jul) | 2,369K | 1,500K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) | 57.1 | 55.0 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -10.612M | 0.357M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.90. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 95.55, 97.65
Tahap sokongan: 92.90, 91.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.3100. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3175
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2925

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 1.1780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1900.
Tahap rintangan: 1.1900, 1.1995
Tahap sokongan: 1.1780, 1.1685

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 106.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.25.
Tahap rintangan: 106.40, 107.35
Tahap sokongan: 105.25, 104.25

AUDUSD, Weekly: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7560
Tahap sokongan: 0.7120, 0.6815

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6625. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6690.
Tahap rintangan: 0.6690, 0.6735
Tahap sokongan: 0.6625, 0.6575

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 1.3335. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3245.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3169

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9195. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9195, 0.9330
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8860

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 41.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 42.10.
Tahap rintangan: 42.10, 43.05
Tahap sokongan: 41.15, 40.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 2010.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 2039.65.
Tahap rintangan: 2039.65, 2088.65
Tahap sokongan: 2009.40, 1982.25