05 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat berikutan dengan penyataan hawkish.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak berikutan seorang ahlih Rizab Persekutuan A.S. melepaskan kenyataannya yang hwakish terhadap prospek ekonomi A.S. Menurut kepada Reuters, Naib Ketua Fed Richard Clarida mendakwa bahawa Federal Reserve mungkin akan bermula untuk mengetatkan dasar monetari agresifnya lebih awal daripada jangkaan berikutan dengan ekonomi AS telah memulih lebih cepat daripada yang difikirkan secara meluas. Penyataan hawkish dari Rizab Persekutuan telah mencetuskan peningkatan dalam hasil Perbendaharaan A.S., yang meningkatkan daya tarikan Dolar A.S. Dari segi data ekonomi, data ekonomi penting dari Amerika Syarikat semalam telah memberikan bacaan yang bercampuran. Menurut kepada A.S. Automatic Data Processing (ADP), A.S. ADP Nonfarm Employment Change telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 680K ke bacaan sebanyak 330K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 695K. Walau bagaimanapun, A.S. ISM Non-Manufacturing Purchasing Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 64.1, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.5. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 92.30.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.35% ke $68.40 se tong semasa penulisan susulan dengan data inventori yang bearish. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak 3.626M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -3.102M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.08% ke $1810.30 se troy auns susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Jul) | 66.3 | 63.8 | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Aug) | 0.10% | 0.10% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 400K | 380K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 91.80. MACD yang memaparkan momentum bearish ayng berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 92.25.
Tahap rintangan: 92.25, 92.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3880. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3980, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3880, 1.3805

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1885. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1775.
Tahap rintangan: 1.1885, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.75, 110.55
Tahap sokongan: 109.20, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7410. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7320.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7120.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2550. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2550, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2275

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9135, 0.9230
Tahap sokongan: 0.9035, 0.8940

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 71.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 71.10, 74.80
Tahap sokongan: 68.00, 65.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1814.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1814.25, 1823.35
Tahap sokongan: 1795.70 1773.45