05 Oktober 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut selepas Trump diuji positif untuk COVID-19.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menyusut selepas Presiden A.S. Donald Trump dijangkiti oleh Koronavirus pada hari Jumaat yang lalu, yang selanjutnya meningkatkan risiko geopolitik dalam Amerika Syarikat sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Yen Jepun. Menurut kepada Reuters, Presiden A.S. Donald Trump, yang telah mengabaikan ancaman pandemik koronavirus selama berbulan-bulan, menegaskan bahawa beliau dan isterinya Melania telah menguji positif dengan jangkitan koronavirus dan akan menjalani kuarantin untuk setakat ini. Bagi segi data ekonomi A.S., Dolar AS telah menerima momentum bearish yang lanjutnya selepas data NFP yang negatif telah dibebaskan. Menurut kepada Bureau of Labor Statistik, A.S. Nonfarm Payrolls telah memberi bacaan sebanyak 661k, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 850K. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data kadar pengangguran menunjukkan bacaan yang lebih positif daripada jangkaan pasaran. Menurut kepada data terkini, kadar pengangguran A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 8.4% ke bacaan sebanyak 7.9%, lebih baik daripada ramalan ahli ekonomi sebanyak 8.2%. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai keadaan Presiden AS.. Donald Trump dan juga data ekonomi yang lanjutnya untuk menerima isyarat dagangan. Semasa penulisan, Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.1% ke 93.85.
Bagi pasaran komoditi, pasaran minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.35% ke $37.16 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan peningkatan risiko geopolitik dalam A.S. dan juga kes-kes koronavirus yang signifikan telah mencetuskan kebimbangan pasaran ke atas perkembangan ekonomi untuk masa yang akan datang, yang selanjutnya memberi prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.16% ke $1901.25 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Sep) | 55.7 | 55.6 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Sep) | 55.1 | 55.0 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) | 56.9 | 56.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 93.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 94.70, 96.05
Tahap sokongan: 93.70, 92.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2975. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2975, 1.3195
Tahap sokongan: 1.2725, 1.2555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1760. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1615.
Tahap rintangan: 1.1760, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1415

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 105.40. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 106.70, 108.00
Tahap sokongan: 105.40, 104.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7145. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7205, 0.7260
Tahap sokongan: 0.7145, 0.7110

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6610. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6880
Tahap sokongan: 0.6610, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3275. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3395, 1.3525
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3190

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9275, 0.9385
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9075

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 37.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 38.05, 39.25
Tahap sokongan: 37.00, 36.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1916.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1852.15.
Tahap rintangan: 1916.00, 1954.85
Tahap sokongan: 1852.15, 1813.70