05 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut menjelang data NFP.
Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya menjelang data Nonfarm Payroll yang penting di tengah para pelabur mengalihkan portfolio mereka dari Dolar AS untuk mengelakkan turun naik yang besar. Menurut kepada Reuters, Nonfarm Payroll dijangkakan akan menunjukkan peningkatan yang berterusan di pasaran pekerjaan AS, dengan harapan 488,000 pekerjaan baru akan ditambahkan pada bulan September. Data yang lebih baik daripada yang dijangkakan akan meningkatkan kebarangkalian bagi Federal Reserve untuk mengurangkan pembelian bon bulanannya secepat November dan juga meningkatkan kadar faedah mereka untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi dalam jangka pendek. Walaupun begitu, pergerakan keseluruhan Dolar AS tetap stabil susulan dengan kekurangan pemangkin. Oleh itu, buat masa ini para pelabur dicadangkan untuk terus meneliti kemas kini terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting serta keputusan dasar monetari dari Federal Reserve untuk mengukur pergerakan kemungkinan untuk Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.06% ke 93.85.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.12% ke $77.85 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi di tengah proses pesat program vaksinasi Covid-19 di seluruh dunia terus mendorong prospek positif terhadap permintaan untuk komoditi hitam ini. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.10% ke $1767.45 se troy auns semasa menulis di tengah penyusutan untuk Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Oct) | 0.10% | 0.10% | – |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Sep) | 54.1 | 54.1 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Sep) | 54.6 | 54.6 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) | 61.7 | 60 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.30.
Tahap rintangan: 94.75, 95.95
Tahap sokongan: 93.30, 91.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3605. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3605, 1.3665
Tahap sokongan: 1.3515, 1.3415

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1595. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1675, 1.1740
Tahap sokongan: 1.1595, 1.1525

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 111.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 111.10, 111.55
Tahap sokongan: 110.40, 109.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7300. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7400
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7170

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6920. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6820, 0.6860

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2575. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2690
Tahap sokongan: 1.2575, 1.2500

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap skongan 0.9305. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9330, 0.9155

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 76.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 80.25, 83.05
Tahap sokongan: 76.75, 74.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1768.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1768.05, 1780.65
Tahap sokongan: 1746.00, 1725.50