5 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Euro merosot susulan nada dovish dari ECB.
Mata wang Euro yang didagang terhhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan jatuh berikutan dengan kenyataan yang dovish dari ECB baru-baru ini. Menurut kepada Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde, beliau mendakwa bahawa zon Euro menghadapi masalah struktur buruh yang besar. Lebih daripada satu pertiga pengangguran di Jerman dan Perancis tidak bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan. Oleh disebabkan itu, bank pusat Eropah (ECB) menekankan untuk mempertahankan dasar kewangannya yang longgar melalui Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP). Sebaliknya, kenyataan yang hawkish baru-baru ini dari Fed dijangka akan terus memberikan sokongan terhadap dolar dan mengurangkan daya tarikan untuk Euro pada masa yang sama. Fed telah mengeluarkan isyarat yang jelas bahawa ia akan mengumumkan rancangan untuk mengetatkan QE “tidak lama lagi” dan berkemungkinan tinggi pada pertemuan mereka seterusnya pada 3 November. Sebaliknya, EUR/USD jatuh sebanyak 0.15% kepada $ 1.1602.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.10% kepada $77.54 setong semasa penulisan berikutan dengan berita mengenai tumpahan minyak di California. Menurut kepada Reuters, kira-kira 3.000 tong minyak telah ditumpahkan ke Lautan Pasifik dari saluran paip yang dihubungkan ke kemudahan luar pesisir yang dimiliki oleh unit Amplify Energy Corp. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.05% kepada $1767,37 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Oct) | 0.10% | 0.10% | – |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Sep) | 54.1 | 54.1 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Sep) | 54.6 | 54.6 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) | 61.7 | 60 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 93.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 94.35.
Tahap rintangan: 94.35, 94.90
Tahap sokongan: 93.70, 93.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3605. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3605.
Tahap rintangan: 1.3605, 1.3745
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3300

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1610. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1515.
Tahap rintangan: 1.1610, 1.1690
Tahap sokongan: 1.1515, 1.1440

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 110.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 111.50.
Tahap rintangan: 111.50, 112.15
Tahap sokongan: 110.75, 110.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7235.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6915. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6990, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6815

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2585. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2695.
Tahap rintangan: 1.2695, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9240. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9310.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 78.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 78.75, 80.45
Tahap sokongan: 76.40, 74.20

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1747.05.
Tahap rintangan: 1779.70, 1806.85
Tahap sokongan: 1747.05, 1721.65