05 November 2020 Analisis Sesi Petang
Paun telah menyusut susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.
Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya menjelang keputusan pilihan raya Presiden A.S. susulan dengan ketidakstabilan mengenai risiko geopolitik di Amerika Syarikat telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Pada masa kini, Demokrat Joe Biden kembali menjadi pilihian untuk memenangi pilihan raya Presiden A.S. di pasaran, menurut kepada data terkini. Walau bagaimanapun, perlumbaan yang ketat dan ketidakpastian mengenai hasilnya tetap ada di dalam pasaran FX, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas aset berisiko seperti Paun Sterling. Tambahan pula, Paun Sterling telah menerima momentum bearish yang lanjutnya susulan dengan prospek dovish terhadap perkembangan ekonomi di UK telah mencetuskan penjualan ke atas Paun. Menurut kepada Telegraph, Bank Pusat UK telah menegaskan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar faedahnya ke negatif. Tambahan pula, laporan Sun juga melaporkan bahawa para ketua Bank Pusat Uk diharapkan untuk menyuntik sebanyak 150 juta Paun Sterling ke dalam ekonomi UK untuk memberangsangkan perkembangan ekonominya selepas Perdana Menteri UK melaksanakan dasar-dasar “lock-down” pada hari Sabtu yang lalu. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai keputusan dasar monetari dari Bank Pusat UK untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.16% ke 1.2962.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 1.42% ke $38.52 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas Iraq mendakwa bahawa mereka telah mengeksport rata-rata sebanyak 2.876 juta tong sehari pada bulan yang lalu, meningkat lebih dari 200,000 tong sehari berbanding dengan bulan September. Peningkatan eksport boleh dianggap sebagai isyarat negatif bagi industri minyak mentah yang berlebihan, yang mencetuskan beberapa momentum bearish ke atas minyak mentah. Sebaliknya, pasaran emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.26% ke $1907.75 se troy auns susulan dengan ketidaktentuan mengenai pilihan raya telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat seperti emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19.00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
20.30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15.00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Nov) | 0.10% | 0.10% | – |
| 17.30 | GBP – Construction PMI (Oct) | 56.8 | 55.0 | – |
| 21.00 | USD – Initial Jobless Claims | 751K | 732K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Dollar index telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 93.30. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 93.55, 93.90
Tahap sokongan: 93.30, 93.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2935. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2980.
Tahap rintangan: 1.2980, 1.3010
Tahap sokongan: 1.2935, 1.2875

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1735. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.1735, 1.1765
Tahap sokongan: 1.1700. 1.1655

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumyna di 104.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.10.
Tahap rintangan: 104.50, 105.00
Tahap sokongan: 104.05, 103.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7140.
Tahap rintangan: 0.7205, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7075

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6660. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6725.
Tahap rintangan: 0.6725, 0.6785
Tahap sokongan: 0.6660, 0.6610

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3170. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1.3170.
Tahap rintangan: 1.3170, 1.3215
Tahap sokongan: 1.3095, 1.3025

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9115. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9150, 0.9180
Tahap sokongan: 0.9115, 0.9090

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 39.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 39.05, 39.80
Tahap sokongan: 38.45, 37.55

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1908.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi seleaps ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1908.75, 1913.30
Tahap sokongan: 1900.90, 1890.85