5 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar melantun sementara risiko Brexit berlegar.
Dolar AS telah melantun dari paras rendahnya berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan penjualan yang mendadak ke atas pound sterling. Pada masa yang sama, permintaan bagi aset selamat seperti Yen Jepun makin meningkat berikutan dengan ancaman Presiden Donald Trump di Twitter yang telah mencetuskan kekhuatiran bahawa perang perdagangan masih belum selesai. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.05% ke 96.85 semasa sesi dagangan Asia. Di dalam lama Twitter rasmi, Trump membebaskan tweet bahawa beliau adalah individual yang berpihak kepada tarif dan ini mengingatkan pasaran kewangan bahawa beliau adalah tidak khuatir untuk meningkatkan ketegangan perdagangan dengan China. Tweet beliau telah mencetuskan penghindaran risiko di dalam pasaran sambil menurunkan harapan ke atas penyelesaian perang perdagangan selepas kedua-dua negara bersetuju untuk tidak mengenakan tarif yang baru di dalam tempoh masa 90 hari yang akan datang. Sementara itu, pound sterling melonjak secara mendadak pada semalam selepas pegawai zon EU mengatakan bahawa UK boleh menarik balik artikel pemisahan daripada EU secara sepihak. Namun, kenaikan tersebut adalah terhad dan ia menjunam kembali selepas kerajaan Perdana Menteri Theresa May dikalahkan di dalam Parlimen dan ia memberi kuasa mutlak kepada ahli Parlimen untuk menentukan proses Brexit yang seterusnya sekiranya May gagal memperoleh undian majoriti pada 11hb Disember. Pasangan GBP/USD mencatat kerugian sebanyak 0.02% ke $1.2718.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memulih sebanyak 0.38% ke $52.71 setong. Harga komoditi ini kekal disokong selepas dua paip minyak mentah dari Kanada ke AS tergendala dan ia mengakibatkan kekurangan pembekalan bagi sementara waktu. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,238.72 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari USD Mourning – In Honour of George H.W. Bush
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Services PMI (Nov) | 53.3 | 53.3 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Nov) | 52.2 | 52.5 | – |
| 21:30 | USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q3) | 1.2% | 1.2% | – |
| 22:45 | USD – Services PMI (Nov) | 54.4 | 54.4 | – |
| 22:45 | USD – Markit Composite PMI (Nov) | 54.4 | 54.4 | – |
| 23:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di paras atas saluran.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.80, 96.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2690.
Tahap rintangan: 1.2725, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2640

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi segi tiga simetri. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tingi selepas ia melantun dari tahap sokongan 112.60. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 112.95, 113.30
Tahap sokongan: 112.60, 112.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7340, 0.7390
Tahap sokongan: 0.7300, 0.7265

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6940, 0.7000
Tahap sokongan: 0.6890, 0.6830

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3155. MACD yang mula untuk membentuk silang bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3285.
Tahap rintangan: 1.3285, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3210

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9930

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan palsunya di sasaran 53.90. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian bagi jangka pendek dan menuju ke arah 52.00.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 52.00, 50.25

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1242.10. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1237.25, 1242.10
Tahap sokongan: 1228.00, 1220.00