83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

06 Januari 2020                  Analisis Sesi Petang

Paun Sterling menyusut selepas data yang suram dibebaskan.

Paun Sterling telah menyusut selepas data yang suram dari rantau United Kingdom dibebaskan. Menurut daripada CIPS, U.K. Construction Purchasing Managers Index (PMI) telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 45.3 ke bacaan sebanyak 44.4, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 45.9. Data yang negatif tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran ke atas ekonomi di UK, yang selanjutnya mendorong jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah pada masa depan untuk memberangsangkan ekonomi di Uk. Selain itu, Paun Sterling menerima tekanan bearish yang lebih lanjut susulan dengan kemerosotan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Peningkatan ketegangan di antara Iran dan Amerika Syarikat telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat, yang selanjutnya mencetuskan permintaan untuk aset berisiko seperti Paun Sterling. Walau bagaimanapun, para pelabur perlu memberi pemantauan ke atas berita yang berkaitan dengan rundingan di antara Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula Von Der Leyen pada minggu ini untuk mendapatkan isyarat dagangan yang lebih lanjut berikutan dengan para pelabur menjangkakan rundingan tersebut akan membincangkan syarat perdagangan di antara Uk dan Eropah selepas Brexit dilaksanakan. Semasa penulisan, GBP/USD telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.02% ke 1.3080.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 2.00% ke $64.30 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas data inventori minyak mentah A.S. dibebaskan. Menurut daripada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S telah memberi bacaan sebanyak -11.463M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu -3.288M. Selain itu, harga minyak menerima sokongan bullish yang lanjutnya susulan dengan ramai para pelabur meramalkan bahawa peningkatan risiko geopolitik di rantau Timur Tengah akan menjejaskan bekalan minyak mentah pada masa depan. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 1.50% ke $1574.45 se troy auns susulan dengan penurunan selera risiko di dalam pasaran FX.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Dec) 48.5 48.6
17:30 GBP – Services PMI (Dec) 49.0 49.1

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 96.55, 97.20

Tahap sokongan: 95.95, 95.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3060. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3125, 1.3210

Tahap sokongan: 1.3060, 1.3000

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1160. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1160, 1.1185

Tahap sokongan: 1.1120, 1.1075

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 108.75, 109.65

Tahap sokongan: 107.70, 106.85

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6965. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6915.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7020

Tahap sokongan: 0.6915, 0.6855

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6665. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6665, 0.6755

Tahap sokongan: 0.6615, 0.6560

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2970. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3110

Tahap sokongan: 1.2970, 1.2900

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9670. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9730.

 

Tahap rintangan: 0.9730, 0.9790

Tahap sokongan: 0.9670, 0.9585

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 64.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 64.80, 66.40

Tahap sokongan: 62.70, 60.75

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1550.10. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1588.70.

 

Tahap rintangan: 1588.70, 1629.75

Tahap sokongan: 1550.10, 1517.65