83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

06 April 2020                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Aussie jatuh susulan kebimbangan kemelesetan meningkat.

Dolar Australia yang didagang terhadap mata wang yang lain dan dolar AS telah jatuh semasa lewat sesi Asia pada hari Isnin berikutan dengan potensi risiko kemelesetan kekal menguasai sentimen dan data Australia yang lemah. Dari perspektif data, data AIG Performance of Construction Indeks telah turun kepada 37.9 pada Mac dari 42.7 pada bulan Februari. Pada masa yang sama, data Commonwealth Bank Services PMI untuk bulan yang sama juga dinilai semula kepada 38.5. Data-data tersebut yang memberi isyarat kelembapan ekonomi yang semakin mendalam pada bulan Mac terus memberi tekanan penjualan bagi mata wang ini. Pada masa yang sama, koronavirus yang sedang berterusan juga menimbang pada mata wang tersebut. Pada masa ini, kekukuhan dalam dolar dan risiko pasaran telah menyebabkan Aussie terus kekal di paras yang lemah. Dengan kelembapan global yang akan meningkat apabila wabak pandemik semakin teruk, para pelabur tidak mempunyai banyak alasan untuk membeli dolar Australia. Namun, para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada keputusan dasar kewangan yang akan datang dari RBA minggu ini di mana sekiranya bank pusat membincangkan sebarang dasar pelonggaran kuantitatif (QE), dolar Australia akan melanjutkan tekanan penjualannya. Pada masa penulisan, AUD / USD telah menyusut sebanyak 0.11% kepada 0.6018 manakala indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.09% kepada 100.72.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 4.25% kepada $ 27.29 setong semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan mengenai bekalan yang berlebihan. Menurut kepada laporan, ketua Agensi Tenaga Antarabangsa, Fatih Birol baru-baru ini telah menyatakan bahawa inventori minyak masih akan meningkat sebanyak 15 juta tong pada suku kedua walaupun dengan pemotongan dalam pengeluaran sebanyak 10 juta tong dan mendesak ekonomi yang terkaya di dunia untuk membincangkan cara yang lebih luas untuk menstabilkan pasaran minyak. Seterusnya, harga emas kekal stabil dan menokok sebanyak 0.03% kepada $ 1613.38 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan para pelabur kekal berwaspada dan menunggu lebih banyak berita dan pengesahan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CNY                                        Ching Ming Festival

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Construction PMI (Mar) 52.6 44.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 101.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal dalam angka pendek ke arah tahap sokongan 98.75.

 

Tahap rintangan: 101.10, 103.75

Tahap sokongan: 98.75, 96.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 1.2290. susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1990.

 

Tahap rintangan: 1.2290, 1.2490

Tahap sokongan: 1.1990, 1.1740

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.0780. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.0925.

 

Tahap rintangan: 1.0925, 1.1060

Tahap sokongan: 1.0780, 1.0640

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 108.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.95, 111.45

Tahap sokongan: 107.10, 105.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.5970. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6190.

 

Tahap rintangan: 0.6190, 0.6450

Tahap sokongan: 0.5970, 0.5725

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.5840. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6075.

 

Tahap rintangan: 0.6075, 0.6365

Tahap sokongan: 0.5840, 0.5580

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.4260 baru-baru ini. Oleh kerana kekurangan momentum dan arah dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.4260, 1.4550

Tahap sokongan: 1.4000, 1.3735

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9775. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.9650.

 

Tahap rintangan: 0.9775, 0.9895

Tahap sokongan: 0.9650, 0.9505

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 28.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 20.20.

 

Tahap rintangan: 28.00, 35.55

Tahap sokongan: 20.20, 15.00

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1575.60.

 

Tahap rintangan: 1635.95, 1702.25

Tahap sokongan: 1575.60, 1521.65