83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 April 2021             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS menjunam sementara Hasil Perbendaharaan AS jatuh.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang saingan utama berjaya melanjutkan kerugian sebelumnya untuk satu hari dagangan berturut-turut selepas hasil perbendaharaan 10 tahun AS jatuh ke paras mendekati 1.70%. Kelemahan hasil perbendaharaan datang ketika pasaran saham AS termasuk Dow Jones dan S&P 500 mencatatkan rekod tertinggi pada hari Isnin, dan kecairan rendah di banyak bahagian dunia untuk Percutian Paskah memperbesarkan pergerakan pasaran. Walaupun laporan NFP pada hari Jumaat yang lalu menunjukkan bacaan yang lebih kuat daripada yang dijangkakan, namun dolar masih mencatatkan kerugian besar pada hari Isnin kerana prospek ekonomi yang positif telah dimaparkan dalam pasaran. Walaupun demikian, para pelabur sekarang mengalihkan perhatian mereka kepada kemas kini lebih lanjut mengenai pelan Infrastruktur Biden ketika Joe Biden menyatakan bahawa pelan tersebut akan diluluskan dalam proses perundangan tanpa sokongan Republik. Awal minggu lalu, Biden mengumumkan perincian bahagian pertama rancangan infrastruktur sambil menekankan bahawa ia akan membawa lebih banyak pekerjaan kepada Amerika, bersama dengan pertumbuhan ekonomi yang kuat di masa depan. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.48% ke 92.55.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.37% ke $ 58.95 setong selepas jatuh lebih dari $3.50 semalam di tengah-tengah kes global Covid-19 melambung tinggi. Baru-baru ini, jumlah kes virus yang disahkan meningkat di kebanyakan negara, kebangkitan wabak berkemungkinan tinggi akan mendesak negara-negara untuk melaksankan langkah penutupan sekali lagi, yang dimana akan mengancam keseimbangan pasaran minyak mentah. Selain itu, harga emas naik 0.07% ke $1729.40 setroy auns di tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

12:30                AUD                  RBA Rate Statement

20:00                CrudeOIL         EIA Short-Term Energy Outlook.

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr) 0.10% 0.10%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Feb) 6.917M 6.995M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 92.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.10.

 

Tahap rintangan: 92.60, 93.00

Tahap sokongan: 92.10, 91.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3880. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3990.

 

Tahap rintangan: 1.3990, 1.4085

Tahap sokongan: 1.3880, 1.3805

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1755. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1830.

 

Tahap rintangan: 1.1830, 1.1890

Tahap sokongan: 1.1755, 1.1695

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 110.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 110.20, 110.80

Tahap sokongan: 109.75, 109.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7655. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7655, 0.7700

Tahap sokongan: 0.7600, 0.7565

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7030. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7105.

 

Tahap rintangan: 0.7105, 0.7080

Tahap sokongan: 0.7030, 0.6945

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2530. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2485.

 

Tahap rintangan: 1.2530, 1.2600

Tahap sokongan: 1.2485, 1.2385

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9370. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9310.

 

Tahap rintangan: 0.9370, 0.9430

Tahap sokongan: 0.9310, 0.9225

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 59.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 57.40.

 

Tahap rintangan: 59.30, 60.65

Tahap sokongan: 57.40, 56.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1723.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1738.95, 1754.15

Tahap sokongan: 1723.35, 1710.80