83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

06 April 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS bertahan walaupun data ekonomi sangat lemah.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya mengekalkan kedudukannya selepas mencecah paras terendah dalam dua bulan walaupun data ekonomi yang mengecewakan semalam. Menurut Pemprosesan Data Automatik (ADP), Perubahan Pekerjaan AS mengalami penurunan mendadak pada bulan lalu, di mana data berkurangan daripada 261K ke 145K, lebih lemah daripada ramalan konsensus pada 200K. Data suram telah menunjukkan bahawa pasaran buruh AS telah terjejas selepas beberapa siri kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ISM melaporkan bahawa aktiviti perkhidmatan AS berkurangan. Menurut Institut Pengurusan Bekalan (ISM), PMI Bukan Pembuatan AS jatuh ke 51.2 pada Mac daripada 55.1 pada Februari, menunjukkan kesan kenaikan kadar berterusan terhadap sektor itu adalah jelas dan ketara. Walaupun begitu, indeks dolar pulih daripada paras rendah apabila pelabur mengurangkan kedudukan pendek mereka untuk mengambil keuntungan lebih awal daripada data buruh penting sepanjang masa, iaitu Nonfarm Payroll AS. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.29% ke 101.90.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.20% ke $80.40 setong apabila inventori minyak mentah AS minggu lalu jatuh dengan jumlah yang lebih besar berbanding ramalan konsensus, menurut data daripada EIA. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.02% ke $2020.30 setiap troy auns sementara pelabur sedang menunggu laporan gaji Nonfarm.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Construction PMI (Mar) 54.6 53.5
20:30 USD – Initial Jobless Claims 198K 200K
20:30 CAD – Employment Change (Mar) 21.8K 12.0K
22:00 CAD – Ivey PMI (Mar) 51.6 56.1

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 101.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.25, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2325. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2645.

 

Tahap rintangan: 1.2645, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2425, 1.2300

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1120

Tahap sokongan: 1.0915, 1.0770

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 130.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 133.05, 135.20

Tahap sokongan: 130.70, 127.75

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6675.

 

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6455.

 

Tahap rintangan: 0.6455, 0.6515

Tahap sokongan: 0.6290, 0.6150

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3485.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3565

Tahap sokongan: 1.3395, 1.3245

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9070. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9325

Tahap sokongan: 0.9070, 0.8945

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 81.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 81.70, 87.75

Tahap sokongan: 79.65, 76.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 2024.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 2024.90, 2042.60

Tahap sokongan: 1985.90, 1944.60