6 Julai 2022 Analisis Sesi Petang
Krisis tenaga terus menjejaskan perkembangan ekonomi Eropah.
Euro telah menyusut ke paras terendah 20 tahun di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap kemelesetan di zon Euro berikutan dengan jangkaan krisis tenaga di Eropah dan data ekonomi negatif yang dibebaskan pada hari Selasa, menunjukkan kelembapan dalam pertumbuhan perniagaan pada bulan Jun. Pada masa ini, Eropah sedang menghadapi krisis tenaga terbesar dalam beberapa dekad, dengan ketegangan yang semakin meningkat mengenai perang di Ukraine dan pelaksanaan sekatan dari Rusia. Selain itu, kabinet Jerman pada hari Selasa bergegas membuat undang-undang yang membenarkannya bagi menyelamatkan syarikat tenaga yang bergelut, dalam usaha untuk menghalang masalah bekalan daripada meresap ke dalam ekonomi yang lebih luas. Kos gas yang melonjak akan membawa kepada risiko stagflasi yang ketara pada masa hadapan, menambahkan lagi ketegangan untuk kos sara hidup. Di samping itu, jangkaan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan semasa mesyuarat Julai FOMC terus mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari rantau Eropah ke Amerika Syarikat, mencetuskan momentum beraish selanjutnya pada pasangan EUR/USD. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.01% ke 1.0265.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.03% ke $100.80 setong setakat semasa penulisan. Pasaran minyak menerima momentum bearish yang ketara di tengah-tengah peningkatan risiko kemelesetan dalam pasaran kewangan global terus mengurangkan daya tarikan untuk komoditi hitam ini. Sebaliknya, kejatuhan harga emas di tengah-tengah jangkaan hawkish daripada bank pusat mencetuskan penjualan selanjutnya untuk emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:30 | GBP – Construction PMI (Jun) | 56.4 | 55.0 | – |
22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) | 55.9 | 54.5 | – |
22:00 | USD – JOLTs Job Openings (May) | 11.400M | 11.050M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.15.
Tahap rintangan: 108.15, 112.45
Tahap sokongan: 105.55, 101.40
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2190, 1.2400
Tahap sokongan: 1.1935, 1.1660
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0385, 1.0575
Tahap sokongan: 1.0205, 1.0060
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 136.65, 137.70
Tahap sokongan: 134.45, 131.40
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6990
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6615
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.6215, 0.6365
Tahap sokongan: 0.6070, 0.5935
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3185
Tahap sokongan: 1.2925, 1.2840
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9715, 0.9780
Tahap sokongan: 0.9625, 0.9510
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.40, 107.60
Tahap sokongan: 98,70, 95.20
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1811.15, 1849.95
Tahap sokongan: 1765.75, 1727.30