83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

06 October 2020                                Analisis Sesi Petang

 

Aussie tergelincir di tengah-tengah data perdagangan yang lemah.

Dolar Aussie yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah menyusut dengan lebih rendah semasa lewat sesi Asia berikutan dengan data perdagangan yang lemah dari Aussie. Menurut laporan dari Australian Statistician, lebihan dagangan Australia telah menurun dengan mendadak kepada A$ 2,643 juta pada bulan September, lebih lemah daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan sebanyak A$ 5,154 juta. Pada masa yang sama, eksport dari Australia juga turun sebanyak -4.2% pada bulan September yang lebih lemah daripada bacaan sebelumnya sebanyak -3.4%. Di samping itu, RBA juga dijangkakan akan mengekalkan kadar faedahnya dan alatan dasar yang lain. Berikutan dengan data dan jangkaan yang lemah, pasaran telah bertindak balas dan memberikan tekanan penjualan untuk pasangan ini. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.08% kepada 0.7189.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal stabil dan meningkat sebanyak 0.15% kepada $39.15 setong pada saat penulisan berikutan dengan berita mengenai Trump kembali ke pejabat dan kemungkinan ribut yang lagi. Pada hari Isnin, Presiden A.S. Donald Trump telah kembali ke Rumah Putih setelah tiga hari dimasukkan ke hospital. Berita tersebut juga meningkatkan harapan dalam pakej rangsangan A.S. untuk dipersetujui bagi mengatasi kesan coronavirus. Pada masa yang sama, ribut tropika lain yang bernama Delta dijangka akan menuju ke Teluk Mexico A.S. Seterusnya, harga emas meningkat sebanyak 0.09% kepada $1909.86 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar yang berterusan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:00                  CrudeOIL           EIA Short-Term Energy Outlook

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Construction PMI (Sep) 54.6 54.3
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Aug) 6.618M 6.000M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 93.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 92.10.

 

Tahap rintangan: 93.50, 94.10

Tahap sokongan: 92.10, 91.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2975. MACD yang menunjukkan isyarat moemntum bullish yang berterusan mencadangkan pasanga ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3045.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3165

Tahap sokongan: 1.2975, 1.2905

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumyna di 1.1760. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.1950.

 

Tahap rintangan: 1.1950, 1.2065

Tahap sokongan: 1.1760, 1.1645

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 105.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 105.15.

 

Tahap rintangan: 105.75, 106.15

Tahap sokongan: 105.15, 104.50

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7205.

 

Tahap rintangan: 0.7205, 0.7265

Tahap sokongan: 0.7140, 0.7080

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6610. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6685.

 

Tahap rintangan: 0.6685, 0.6780

Tahap sokongan: 0.6610, 0.6500

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3235.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3420

Tahap sokongan: 1.3235, 1.3140

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan yang berlaku di tahap sokongan sebelumnya di 0.9180. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9120.

 

Tahap rintangan: 0.9180, 0.9225

Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 39.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 39.30.

 

Tahap rintangan: 39.30, 40.05

Tahap sokongan: 38.65, 37.95

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1918.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1899.40.

 

Tahap rintangan: 1918.00, 1939.60

Tahap sokongan: 1899.40, 1876.85