06 November 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar berayun selepas Fed mengekalkan kadar faedah.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama mengalami corak bercampur setelah Federal Reserve memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah sambil terus memberikan tumpuan terhadap prospek ekonomi AS di masa depan. Dalam mesyuarat Fed, ahli Fed sebulat suara mengekalkan kadar faedah antara julat 0% ke 0.25%, berada di tahap yang rendah ketika ekonomi terus berjuang dalam kesan negatif Covid-19. Selain itu, Ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell mendedahkan bahawa walaupun kegiatan ekonomi dan pekerjaan telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, namun masih di bawah tahap sebelum wabak koronavirus melanda. Selain itu, Federal Reserve menyatakan bahawa bank pusat masih mempunyai banyak langkah untuk membantu pemulihan ekonomi, sambil menekankan bahawa ekonomi mungkin memerlukan sokongan fiskal yang lebih lanjut. Dalam latar berlakang wabak Covid-19, AS masih merupakan negara yang paling terjejas di dunia di mana jumlah kesnya telah semakin berdekatan 100 juta, sementara jumlah kematian telah meningkat ke 240 ribu. Meskipun demikian, perhatian para pelabur akan terus diberikan terhadap perkembangan wabak dan juga Pilihan Raya AS yang sedang berlangsung. Setakat ini, indeks dolar meningkat 0.13% ke 92.65.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 1.94% ke $37.95 setong kerana ketidakpastian mengenai Pilihan Raya Presiden AS terus menghantui sentimen pasaran komoditi hitam ini. Di samping itu, kebangkitan Covid-19 di negara-negara Eropah juga telah menjejaskan permintaan pasaran minyak mentah. Selain itu, harga emas naik 0.40% ke $1941,95 setroy auns kerana ketidakpastian pilihan raya AS telah meningkatkan permintaan aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21.30 | USD – Nonfarm Payrolls (Oct) | 661K | 600K | – |
| 21.30 | USD – Unemployment Rate (Oct) | 7.9% | 7.7% | – |
| 21.30 | CAD – Employment Change (Oct) | 378.2K | 100.0K | – |
| 23.00 | CAD – Ivey PMI (Oct) | 54.3 | 51.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 93.00, 93.45
Tahap sokongan: 92.45, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3155. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3155, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3065, 1.3010

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1810. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1855, 1.1890
Tahap sokongan: 1.1765, 1.1705

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 104.20, 104.90
Tahap sokongan: 103.25, 102.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7240. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7310, 0.7375
Tahap sokongan: 0.7240, 0.7135

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6790. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6790, 0.6895
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3100. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3160
Tahap sokongan: 1.3045, 1.2995

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9030. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9080, 0.9135
Tahap sokongan: 0.9030, 0.9000

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 38.20. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 36.95.
Tahap rintangan: 38.20, 39.40
Tahap sokongan: 36.95, 35.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1951.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1918.10.
Tahap rintangan: 1951.65, 1991.55
Tahap sokongan: 1918.10, 1869.40