6 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
GBP, CAD fokus utama semalam.
Dolar AS telah berlegar di paras positif dan negatif pada semalam sementara para pelabur mengalihkan tumpuan kepada Pound Sterling dan dolar Kanada. Di UK, para pelabur masih memberi fokus kepada perkembangan terkini mengenai undian Brexit peringkat Parlimen yang bakal diadakan pada 11hb Disember di Britain. Semalaman, para pelabur memasuki pasaran pound sterling selepas laporan menyatakan bahawa Brexit berkemungkinan untuk dibatalkan sekiranya Parlimen mengundi untuk mengadakan referendum kali kedua. Selain itu, spekulasi makin bertambah hangat di dalam pasaran di mana Perdana Menteri UK Theresa May berkemungkinan untuk gagal memperoleh undian majoriti dan ia bakal mencetuskan undian “No Confidence” ke atas beliau. Bagi pasaran Kanada, pasaran kewangan memberi tumpuan ke atas keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Kanada (BoC) walaupun ia dikekalkan di paras 1.75%. Dolar Kanada menerima tekanan menurun yang ketara selepas BoC mempertimbangkan kemungkinan untuk menurunkan ramalan pertumbuhan GDP bagi tahun 2019 memandangkan pelaburan perniagaan, harga minyak mentah dunia dan perdagangan global adalah lebih suram. Namun, bank tersebut memberi ruang untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Januari tahun depan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.03% ke 96.92. Sementara itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 1.2732 sementara USD/CAD meningkat sebanyak 0.05% ke 1.3363.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.49% ke $52.59 setong. Harga komoditi ini mengalami kerugian selepas Iran menyeru untuk dikecualikan dari pemotongan kadar pembekalan minyak OPEC memandangkan negara tersebut telah disekat oleh AS. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.09% ke $1,238.27 setroy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
21:35 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Nov) | 227K | 196K | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 234K | 226K | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Nov) | 60.3 | 59.2 | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Nov) | 59.7 | – | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Nov) | 61.8 | 60.3 | – |
| 00:00
(7hb) |
CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 3.577M | -0.942M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 96.80.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.80, 96.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2690.
Tahap rintangan: 1.2725, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2640

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendanya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah tahap rintangan 1.1360.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan moving average. MACD yang memaparkan pembentukan silang bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 112.60.
Tahap rintangan: 112.95, 113.30
Tahap sokongan: 112.60, 112.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari 0.7265. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah saluran menaik.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7215, 0.7170

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaganya di bawah 0.6890. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940
Tahap sokongan: 0.6830, 0.6780

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas sasaran 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas sasaran 1.3380.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3255

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.9955.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9930

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 53.90. MACD yang memaparkan isyarat silang bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 52.00.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 52.00, 50.25

GOLD_, H1: Harga emas telah meneruskan keuntungannya selepas ia melantun dan menutup niaga di atas 1237.25. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menguji di paras 1242.10.
Tahap rintangan: 1242.10, 1253.00
Tahap sokongan: 1237.25, 1228.00