7 Januari 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Permintaan Swiss Franc meningkat susulan ketegangan geopolitik.
Swiss franc menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran FX selepas para pelabur memasuki ke dalam pasaran aset selamat berikutan dengan peningkatan ketegangan diantara AS dan Iran yang makin meningkat. Ekuiti AS masih berada di bawah tekanan bearish selepas Tehran menegaskan bahawa mereka tidak akan mematuhi had limit untuk memperkaya uranium selepas Washington membunuh Jeneral Qasem Soleimani pada minggu lepas. Menurut kepada kerajaan AS, Soleimani adalah individual utama dalam merangka rancangan untuk menyerang titik kepentingan AS di Iraq dan Timur Tengah. Sebagai tindak balas terhadap komen Tehran, Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa mereka akan bersiap sedia untuk menyerang Iran “tanpa had” sekiranya mereka membalas. Ketegangan yang makin meningkat diantara kedua-dua negara telah mendorong para pelabur untuk menilai semula toleransi risiko mereka terhadap aset AS dan justeru mengalihkan tumpuan mereka ke pasaran lain seperti EU atau Kanada. Sebaliknya, euro telah melanjutkan keuntungannya berlatarbelakangkan data yang optimis dari rantau tersebut. Untuk bulan November, Jualan Runcit di Jerman telah meningkat sebanyak 2.1%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 1.1%. Selain itu, PMI bagi sektor Perkhidmatan dan Komposit telah memberi bacaan yang optimis dan ini telah memberikan sokongan bullish tambahan terhadap euro. Semasa penulisan, USD/CHF menurun sebanyak 0.01% ke 0.9689 sementara EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1192.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.32% ke $62.69 setong. Harga minyak mentah menerima tekanan menurun selepas para pelabur menutup posisi mereka dan mengaut keuntungan dari kenaikan terdahulu. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.49% ke $1,558.03 se troy auns berikutan dengan pembetulan teknikal dari paras atasnya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18.00 | EUR – CPI (YoY) (Dec) | 1.0% | 1.3% | – |
| 23.00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) | 53.9 | 54.5 | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Dec) | 60.0 | 53.8 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.55, 97.20
Tahap sokongan: 95.95, 95.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3125. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3210.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3125, 1.3060

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1195. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1195, 1.1225
Tahap sokongan: 1.1160, 1.1120

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.75.
Tahap rintangan: 108.75, 109.65
Tahap sokongan: 107.70, 106.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6965. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6965.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.7020
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6850

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6655. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6825
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2955. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3110
Tahap sokongan: 1.2955, 1.2870

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9670. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9730, 0.9790
Tahap sokongan: 0.9670, 0.9585

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 62.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 60.75.
Tahap rintangan: 62.70, 64.80
Tahap sokongan: 60.75, 58.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1588.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1550.10.
Tahap rintangan: 1588.70, 1629.75
Tahap sokongan: 1550.10, 1517.65