07 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Indeks dolar melonjak susulan dengan data yang positif.
Indeks dolar telah mencatat keuntungannya selepas data pekerjaan yang positif dari rantau Amerika Syarikat dibebaskan semalam. Menurut daripada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 217K ke bacaan sebanyak 202K, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 215K. Data tersebut adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap perkembangan ekonomi dan pasaran pekerjaan di A.S sambil memberi momentum bullish ke atas pasangan AS Dolar. Namun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai data ekonomi seperti Non-farm payrolls dan juga kadar pengangguran yang akan dibebaskan pada malam ini untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut. Sebaliknya, Yen Jepun menyusut semalam susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Menurut daripada Reuters, Presiden China Xi Jinping memberitahu Rajay Salman dari Arab Saudi bahawa China telah mencapai keputusan yang positif dalam mengawal wabak koronavirus di China. Pada awalnya, Bank Pusat China telah menyediakan berbilion-bilion dolar ke dalam sistem kewangan China untuk mengurangkan kemusnahan ekonomi China yang didorong oleh koronavirus. Sentimen yang positif tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko, yang selanjutnya mencetuskan penjualan ke atas pasangan aset selamat seperti Yen Jepun. Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.17% ke 98.30 manakala USD/JPY telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.01% ke 109.97.
Bagi pasaran komoditi, pasaran minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.55% ke $51.31 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada pagi awal ini selepas Rusia menegaskan bahawa mereka akan menyokong cadangan OPEC+ untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 600,000 tong setiap hari sebagai tindak balas terhadap kesan koronavirus, dikatakan oleh Foreign Minister Sergei Lavrov pada hari Khamis yang lalu. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1565.95 se troy auns susulan dengan AS Dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jan) | 145K | 160K | – |
| 21:30 | USD – Unemployment Rate (Jan) | 3.5% | 3.5% | – |
| 21:30 | CAD – Employment Change (Jan) | 35.2K | 20.5K | |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Jan) | 51.9 | 53.3 | |
| 02:00
(8hb) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 675 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 98.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.55.
Tahap rintangan: 98.55, 99.00
Tahap sokongan: 98.20, 97.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2910. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2990, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2910, 1.2815

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepa ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0955.
Tahap rintangan: 1.1010, 1.1065
Tahap sokongan: 1.0955, 1.0895

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.60. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.20.
Tahap rintangan: 110.20, 110.95
Tahap sokongan: 109.60, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6715. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6760, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6680

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6445. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6630
Tahap sokongan: 0.6445, 0.6345

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3300. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3345
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9750. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9780
Tahap sokongan: 0.9715, 0.9670

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 50.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 51.90.
Tahap rintangan: 51.90, 53.20
Tahap sokongan: 50.85, 49.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1565.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1565.70, 1577.15
Tahap sokongan: 1552.90, 1544.70