83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 Februari 2022                                Analisis Sesi Petang

Jangkaan kenaikan kadar faedah, meningkatkan permintaan Euro.

Arah aliran keseluruhan untuk Euro kekal bullish selepas Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan nada hawkish mereka ke arah prospek ekonomi di rantau Eropah. Menurut kepada Reuters, Klass Knot menegaskan pada hari Ahad yang lalu bahawa beliau menjangkakan Bank Pusat Eropah (ECB) akan memulakan kenaikan kadar pada suku keempat tahun ini untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi. Terdahulu, kadar inflasi zon Euro mencecah paras rekod untuk bulan ketiga berturut-turut, menjejaskan pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna sambil meningkatkan kemungkinan untuk ECB melaksanakan pengetatan dasar monetari. Peserta pasaran akan terus memerhati sekiranya terdapat sebarang anjakan dalam prospek Bank Pusat Eropah untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, EUR/USD telah melonjak sebanyak 0.03% ke 1.1440.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.38% ke $92.00 setong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal berikutan kenaikan tujuh minggu berturut-turut. Namun begitu, aliran keseluruhan bagi pasaran minyak kekal bullish di tengah-tengah kebimbangan gangguan bekalan yang ketat akibat ribut musim sejuk yang besar di seluruh Amerika Syarikat terus mencetuskan momentum bullish ke atas komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.05% kepada $ 1809.70 per troy auns setakat penulisan di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 95.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 94.55.

 

Tahap rintangan: 95.95, 96.80

Tahap sokongan: 94.55, 93.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3595. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap sokongan 1.3450.

 

Tahap rintangan: 1.3595, 1.3715

Tahap sokongan: 1.3450, 1.3340

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1475. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1380.

 

Tahap rintangan: 1.1475, 1.1525

Tahap sokongan: 1.1380, 1.1200

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 115.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 115.35, 116.25

Tahap sokongan: 112.85, 110.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.7040. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7125, 0.7205

Tahap sokongan: 0.7040, 0.7000

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.6535. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6710, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6535, 0.6430

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.2825. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2825, 1.2950

Tahap sokongan: 1.2625, 1.2475

 

USDCHF, H4 USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9270. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345

Tahap sokongan: 0.9180, 0.9095

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 92.40, 97.75

Tahap sokongan: 88.55, 84.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1811.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1811.35, 1828.00

Tahap sokongan: 1786.30, 1762.20