7 April 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun menjunam susulan dengan data ekonomi yang suram.
Di antara semua pasaran mata wang utama, paun sterling merosot berbanding dengan mata wang lain berikutan dengan pembebasan data pembinaan dari rantau UK. Menurut CIPS, data Construction PMI UK dibebaskan pada bacaan sebanyak 39.3, lebih lemah daripada jangkaan ekonomis iaitu 44.0, ia adalah kerana sekatan Covid-19 telah menberhentikan aktiviti pembinaan di seluruh negara. Sejak kemunculan wabak coronavirus, ekonomi global telah terjejas dengan ketara, sementara tiada tanda-tanda perlahan dalam penyebaran virus. Sesiri data suram dari UK menunjukkan bahawa ekonomi sedang merosot dengan kadar terpantas sejak krisis ekonomi. Impak negatif yang penuh ke atas negara di UK belum didapati lagi kerana wabak virus telah semakin serius. Selain itu, prospek paun menjadi suram selepas berita tentang Boris Johnson dimasukkan ke hospital telah menwujudkan ketidakpastian baru. Menurut CNBC, jurucakap Downing Street mendedahkan bahawa Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengalami gejala virus yang berterusan, suhu badan kekal tinggi. Oleh itu, ‘langkah berjaga-jaga’ terpaksa diambil untuk mengelakkan keputusan yang tidak diingini berlaku. Walaupun begitu, Boris Johnson masih bertanggungjawab terhadap kerajaan dan masih berinteraksi dengan menteri-menteri melalui panggilan telephone. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.20% ke 1.2205.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.19% ke $26.38 setong kerana para pelabur masih optimis terhadap prospek pasaran komoditi hitam ini meskipun pertemuan antara Arab Saudi dan Rusia telah ditangguhkan ke hari Khamis ini. Mesyuarat itu sebelumnya dijadualkan pada hari Isnin untuk membincangkan isu pengeluaran minyak. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.25% ke $1,667.30 setroy ounce disebabkan oleh peningkatan ketidakpastian virus Korona.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr) | 0.25% | 0.25% | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Feb) | 6.963M | 6.476M | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Mar) | 54.1 | 41.0 | – |
| 04:30
(8hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 10.485M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 99.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 101.20.
Tahap rintangan: 101.20, 102.90
Tahap sokongan: 99.80, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2215. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2340, 1.2470
Tahap sokongan: 1.2215, 1.2115

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0765. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0830, 1.0940
Tahap sokongan: 1.0765, 1.0655

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 109.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.25, 110.10
Tahap sokongan: 108.55, 107.50

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.5975. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6180.
Tahap rintangan: 0.6180, 0.6460
Tahap sokongan: 0.5975, 0.5720

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.5865. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6075.
Tahap rintangan: 0.6075, 0.6250
Tahap sokongan: 0.5865, 0.5620

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan tersebut di 1.4105. Oleh sebab kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat seperti pemecahan atau lantunan berlaku sebelum memasuki ke pasaran ini.
Tahap rintangan: 1.4240, 1.4390
Tahap sokongan: 1.4105, 1.3990

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran meningkat. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan trend meningkat.
Tahap rintangan: 0.9825, 0.9900
Tahap sokongan: 0.9745, 0.9685

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 25.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 27.40.
Tahap rintangan: 27.40, 28.75
Tahap sokongan: 25.90, 23.90

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1663.80. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek dan menuju ke arah tahap sokongan di 1663.80.
Tahap rintangan: 1681.50, 1701.20
Tahap sokongan: 1663.80, 1651.40