83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 April 2020                       Analisis Sesi Tengah Hari

Mata wang Kiwi meningkat berikutan kenyataan terbaru RBNZ.

New Zealand Kiwi telah meningkat terhadap dolar dan mata wang lain semasa lewat sesi Asia selepas kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh bank pusat New Zealand (RBNZ) pada hari Selasa. Menurut kepada kenyataan tersebut, bank pusat akan memperluaskan program pembelian asetnya (QE) kepada jumlah sebanyak NZD 33 bilion. Jawatankuasa Dasar Monetari Bank (MPC) menyatakan bahawa pembelian Bon Kerajaan New Zealand telah berjaya mengurangkan kadar faedah jangka panjang. Selain itu, Selain itu, jawatankuasa itu juga bersetuju bahawa dasar kewangan perlu dikendalikan secepat mungkin. Berita ini meningkatkan daya tarikan dan permintaan selanjutnya untuk mata wang New Zealand Kiwi. Di perspektif koronavirus, susulan dengan kes jangkitan melebihi 1000 orang, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah  menurunkan pangkat Menteri Kesihatan, David Clark untuk pelanggaran sekatan koronavirus dan juga melanjutkan sekatan keadaan kecemasan negara selama tujuh hari lagi. NZD / USD telah meningkat 0.37% kepada 0.5951 pada masa penulisan.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.07% kepada $ 26.61 setong semasa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam keyakinan terhadap perjanjian Saudi dan Rusia. Menurut kepada perkembangan terkini, ketua eksekutif Dana Langsung Rusia memberitahu CNBC semalaman bahawa negaranya dan Arab Saudi “sangat, sangat dekat” untuk mencapai perjanjian dalam memotong pengeluaran. Susulan dengan ahli OPEC bersedia untuk mesyuarat maya pada hari Khamis, para pelabur kini memberi tumpuan kepada sama ada kedua-dua pengeluar tersebut boleh mencapai persetujuan mengenai pemotongan pengeluaran disebabkan oleh permintaan yang lemah. Sebaliknya, harga emas juga melambung sebanyak 0.12% kepada $1660.22 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan laporan US dalam bilangan kes baru yang semakin menyusut. Pada masa yang sama, permintaan fizikal kekal menguasai dan menyokong harga emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                     AUD                                       RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr) 0.25% 0.25%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Feb) 6.963M 6.476M
22:00 CAD – Ivey PMI (Mar) 54.1 41.0
04:30

(8th)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 10.485M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 100.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 100.75, 101.65

Tahap sokongan: 99.85, 98.90

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2205. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2315.

 

Tahap rintangan: 1.2315, 1.2435

Tahap sokongan: 1.2205, 1.2110

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0790. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0930, 1.1025

Tahap sokongan: 1.0790, 1.0650

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 108.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.25, 109.85

Tahap sokongan: 108.65, 108.25

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6115. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6115, 0.6185

Tahap sokongan: 0.6055, 0.5985

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.5920. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.5980.

 

Tahap rintangan: 0.5980, 0.6035

Tahap sokongan: 0.5920, 0.5875

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.4085. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.4230, 1.4330

Tahap sokongan: 1.4085, 1.4015

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9750. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9830, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9750, 0.9625

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 25.75. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 27.75.

 

Tahap rintangan: 27.75, 29.20

Tahap sokongan: 25.75, 23.55

 


GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1668.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1668.20, 1701.85

Tahap sokongan: 1643.15, 1605.90