7 May 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS jatuh susulan dengan penurunan dalam data pekerjaan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menjunam susulan dengan data sektor perkerjaan terkini melemah di tengah-tengah novel coronavirus. Menurut ADP, perkerjaan swasta merosot lebih daripada 20 juta pekerjaan pada bulan April ketika syarikat memecat sebahagian besar pekerjanya dalam tempoh penutupan. Walaupun kehilangan pekerjaan pada skala ini adalah penurunan terbesar dalam sejarah, namun ia masih belum mencermin kerosakan sebenar wabak penyakit ini kerana penyebaran virus menjadi semakin teruk sepanjang bulan April. Secara terperinci, virus ini telah melanda seluruh ekonomi, tiada salah satu sektor pun tidak dapat bertahan dari kejatuhan Covid-19, terutama perkhidmatan dan hotel adalah sektor yang paling teruk terkena virus. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.05% kepada 100.15. Sebaliknya, pasangan GBP/USD turun 0.09% ke 1.2330 setelah Construction PMI UK menunjukkan penurunan yang ketara daripada 39.3 hingga 8.2, mengisyaratkan bahawa sektor pembinaan telah menghentikan kebanyakkan aktiviti semasa penutupan negara.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 1.78% ke $23.70 setong di tengah kebimbangan pasaran terhadap bekalan yang melebihi terus menimbang pada komoditi hitam ini. Namun, kerugian minyak mentah telah dihadkan selepas laporan bahawa kenaikan inventori minyak yang lebih rendah daripada jangkaan dibebaskan. Menurut EIA, inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 4.590 juta, lebih rendah daripada ramalan ekonomi 7.759 juta. Selain itu, harga emas turun 0.03% ke $1684.50 satu troy ounce disebabkan oleh peningkatan selera pelabur terhadap aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 GBP BoE Inflation Report
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (May) | 0.10% | 0.10% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 3,839K | 3,000K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 99.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 100.85.
Tahap rintangan: 100.85, 102.90
Tahap sokongan: 99.75, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2370. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2305.
Tahap rintangan: 1.2370, 1.2435
Tahap sokongan: 1.2305, 1.2215

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.0830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0765.
Tahap rintangan: 1.0830, 1.0940
Tahap sokongan: 1.0765, 1.0655

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 106.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.20, 108.20
Tahap sokongan: 106.25, 104.50

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6460. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6180.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6705
Tahap sokongan: 0.6180, 0.5975

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.5995. rintangan di 0.6065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6065, 0.6120
Tahap sokongan: 0.5995, 0.5945

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.4120. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.4240.
Tahap rintangan: 1.4240, 1.4390
Tahap sokongan: 1.4120, 1.3980

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9750. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9795
Tahap sokongan: 0.9710, 0.9660

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan leibh rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 25.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 21.80.
Tahap rintangan: 25.90, 28.75
Tahap sokongan: 21.80, 18.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1683.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1699.75, 1711.25
Tahap sokongan: 1683.50, 1666.25