07 Mei 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Euro kekal lemah susulan keputusan mahkamah ECB menimbang.
Euro yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh semasa lewat sesi Asia setelah keputusan yang mengejutkan oleh mahkamah Jerman telah mencabarkan kemampuan ECB untuk menguruskan pemulihan ekonomi di rantau ini. Baru-baru ini, ECB telah bersedia dan membiarkan pintunya terbuka untuk meningkatkan pelan rangsangan. Namun, rancangan tersebut kini menghadapi keraguan setelah mahkamah perlembagaan Jerman baru-baru ini memutuskan bahawa ECB mesti membuktikan alasan yang kukuh untuk program pembelian bonnya, walaupun mahkamah tertinggi Eropah telah memihaknya. Pertengkaran mengenai kesahihan pembelian bon telah menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu, dan ia menekan mata wang euro selanjutnya ke arah bawah. Pasaran kini akan mengalihkan perhatian mereka ke ECB sama ada ia mampu menahan tekanan dari pengadilan Jerman untuk menentukan arah masa depan untuk mata wang tersebut. Pada masa penulisan, EUR/USD telah jatuh sebanyak 0.03% kepada 1.0799.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal stabil dan menokok sebanyak 0.55% kepada $23.90 setong semasa penulisan berikutan dengan pemulihan dalam prospek permintaan. Oleh kerana pelonggaran dalam sekatan koronavirus di beberapa negeri, permintaan bahan bakar telah kembali dengan sebahagian daripada Florida melaporkan penggunaan petrol cuma turun hanya 25-30%, dari 50% sebelumnya. Selain itu, pengeluar minyak Delek A.S. Holdings Inc. juga menyatakan bahawa permintaannya telah meningkat di kawasan luar bandar Texas dan Arkansas. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.09% kepada $1689.30 se troy auns pada waktu penulisan berikutan dengan kekuatan dolar dan peningkatan dalam selera risiko pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 GBP BoE Inflation Report
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (May) | 0.10% | 0.10% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 3,839K | 3,000K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagnag dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 99.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.65.
Tahap rintangan: 100.65, 101.55
Tahap sokongan: 99.85, 98.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2315. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2370, 1.2425
Tahap sokongan: 1.2315, 1.2245

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.0780. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0825, 1.0875
Tahap sokongan: 1.0780, 1.0740

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 106.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangna mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.10, 107.85
Tahap sokongan: 106.05, 104.75

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebiuh rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6680
Tahap sokongan: 0.6405, 0.6235

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6000. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6070.
Tahap rintangan: 0.6070, 0.6130
Tahap sokongan: 0.6000, 0.5940

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.4155. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.4015.
Tahap rintangan: 1.4155, 1.4230
Tahap sokongan: 1.4015, 1.3875

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.9780. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9780, 0.9880
Tahap sokongan: 0.9585, 0.9495

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 25.90. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 20.40.
Tahap rintangan: 25.90, 29.95
Tahap sokongan: 20.40, 15.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1696.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1696.75, 1712.25
Tahap sokongan: 1673.75, 1644.05