07 Mei 2021 Analisis Sesi Petang
Mata wang Aussie memulih selepas kenyataan RBA.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain berjaya mengembalikan kerugiannya dan mencatat keuntungan susulan dengan pendirian RBA. Menurut kepada perkembangan yang terbaru, bank pusat Australia (RBA) kekal komited untuk mengekalkan dasar kewangan yang longgar hingga 2024 dan tidak akan meningkatkan kadar faedah untuk meredakan kenaikan harga rumah. Menurut kepada Wakil Gabenor RBA Guy Debelle, beliau menyatakan bahawa kenaikan harga rumah boleh mendorong perbelanjaan dan ia harus ditangani dengan alat kewangan yang lain. Selain itu, bank pusat juga menjangkakan kenaikan inflasi dan kenaikan gaji. Ia pun juga mengubah KDNK dengan lebih tinggi kepada 4.34 untuk 2021 dan 3.05 untuk 2022. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.04% menjadi 0.7774.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0,09% kepada $ 65,09 setong semasa penulisan susulan dengan Arab Saudi mengurangkan harga penjualan minyak mentahnya dan keadaan Covid di India. Menurut kepada sumber, harga jualan rasmi Jun untuk minyak mentah Arab utama telah turun 10 sen dari Mei kepada $1.70 setong. Sementara itu, India telah melaporkan lebih dari 300,000 kes baru setiap hari dalam dua minggu terakhir dan mengatasi Brazil pada bulan April untuk menjadi negara kedua yang dijangkiti dengan teruk di dunia. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.32% kepada $ 1820.88 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kejatuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Apr) | 61.7 | 62.5 | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Apr) | 916K | 978K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Apr) | 6.0% | 5.7% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Apr) | 303.1K | -187.5K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Apr) | 72.9 | 60.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 90.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 91.30, 91.75
Tahap sokongan: 90.65, 90.15

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3915. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3915, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3835, 1.3725

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2065, 1.2135
Tahap sokongan: 1.2000, 1.1920

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 109.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.75, 110.45
Tahap sokongan: 109.05, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7760. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap 0.7760.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7860
Tahap sokongan: 0.7760, 0.7700

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7220. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah kembali ke bawah tahap tersebut.
Tahap rintangan: 0.7275, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7145

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2150. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2270.
Tahap rintangan: 1.2270, 1.2385
Tahap sokongan: 1.2150, 1.2030

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9080. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan seterusnya 0.9020.
Tahap rintangan: 0.9135, 0.9195
Tahap sokongan: 0.9020, 0.8950

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 64.90. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 66.40.
Tahap rintangan: 66.40, 67.85
Tahap sokongan: 64.90, 62.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1813.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1832.80.
Tahap rintangan: 1832.80, 1851.00
Tahap sokongan: 1813.85, 1794.05