7 Julai 2021 Analisis Sesi Petang
Euro menyusut pada bacaan ekonomi yang negatif.
Euro telah melanjutkan kerugiannya dengan latar belakang data ekonomi yang buruk dari rantau Eropah semalam, yang memacu prospek negatif pada momentum ekonomi di negara-negara Eropah dan mengurangkan permintaan pasaran terhadap Euro. Menurut kepada ZEW, Jerman ZEW Economic Sentiment telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 79.8 ke bacaan sebanyak 63.3, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 75.2. Selain itu, kebangkitan Covid-19 di wilayah Asia-Pasifik dan mutasi Covid-19, juga telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Euro. Perbincangan terkini menyoroti virus Epsilon dan Lambda sebagai cabaran utama kepada prospek ekonomi untuk ekonomi global. Walaupun begitu, para pelabur akan terus meneliti peristiwa penting mingguan FOMC minit mesyuarat dan juga mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menjangkakan pergerakan ke atas mata wang Euro. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.01% ke 1.1825.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.51% ke $73.60 setong semasa penulisan. Harga minyak mentah menyusut susulan dengan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kes Covid-19 di negara-negara Asia Pasifik dan variasi virus, yang menurunkan optimisme pasaran terhadap permintaan minyak di masa depan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.09% ke $1798,55 per troy ouns di tengah para pelabur berspekulasi bahawa Federal Reserve akan melepaskan nada hawkishnya dalam laporan minit mesyuarat FOMC esok.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 USD FOMC Meeting Minutes (8hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (May) | 9.286M | 9.388M | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jun) | 64.7 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk meningkat bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.55, 92.85
Tahap sokongan: 92.20, 91.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3805, 1.3860
Tahap sokongan: 1.3750, 1.3690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.1870. MACD yang memaparkan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1870
Tahap sokongan: 1.1810, 1.1770

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia memecahkan 110.45.
Tahap rintangan: 110.70, 110.95
Tahap sokongan: 110.45, 110.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7510, 0.7560
Tahap sokongan: 0.7475, 0.7450

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7015. MACD yang memaparkan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7115
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6975

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2320. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.2470.
Tahap rintangan: 1.2470, 1.2510
Tahap sokongan: 1.2400, 1.2320

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 0.9205. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9270, 0,9205
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9200

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan di tahap sokongan 73.25.
Tahap rintangan: 74.00, 74.70
Tahap sokongan: 73.25, 72.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di tahap 1795.00.
Tahap rintangan: 1813.00, 1830.00
Tahap sokongan: 1795.00, 1783.00