7 Ogos 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Kiwi menjunam berikutan dengan pemotongan kadar.
Kiwi New Zealand telah menjunam ke paras terendah selepas Bank Pusat New Zealand (RBNZ) memotongkan kadar faedah mereka dengan lebih ketara daripada yang dijangka. Pemotongan kadar RBNZ sebanyak 50 mata asas ke 1.0% adalah lebih tinggi daripada jangkaan para pelabur sebanyak 25 mata asas sahaja. Komiti Dasar Kewangan RBNZ telah menyatakan bahawa kadar faedah yang lebih rendah adalah diperlukan bagi mencapai matlamat inflasi dan status pekerjaan. Dalam kenyataannya, RBNZ telah menegaskan bahawa kadar faedah yang rendah dan peningkatan perbelanjaan kerajaan dapat menyokong permintaan domestik bagi jangka masa yang akan datang. Pelaburan perniagaan dan juga aktiviti pembinaan dijangka untuk meningkat dengan pinjaman yang lebih murah. Selain itu, RBNZ juga mengurangkan ramalannya terhadap kadar faedah bagi tahun depan daripada 1.36% ke 0.91%. Perubahan tersebut telah mendorong para pelabur untuk menjual dolar New Zealand dengan lebih ketara dan menyebabkan pasangan tersebut untuk menjunam ke paras rendah sejak 20hb Januari 2016. Pasangan NZD/USD telah menjunam sebanyak 1.41% ke 0.6721 sementara indeks dolar menyusut sebanyak 0.10% ke 97.25 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.10% ke $54.35 setong semasa penulisan berikutan dengan peningkatan kebimbangan terhadap permintaan global. Ketegangan perang perdagangan AS dan China telah meningkatkan kemungkinannya penyusutan permintaan terhadap minyak mentah bagi masa yang akan datang. Selain itu, harga emas telah melonjak sebanyak 0.66% ke $1484.59 se troy auns berikutan dengan ketidakpastian global yang meningkatkan permintaan terhadap komoditi selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jul) | 52.4 | 53.0 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -8.496M | -2.845M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 97.55.
Tahap rintangan: 97.55, 98.20
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan MA-20 tersebut.
Tahap rintangan: 1.2220, 1.2300
Tahap sokongan: 1.2125, 1.2045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1185. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah kembali ke arah tahap sokongan 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1285
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1120

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 106.65. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 106.45, 106.80
Tahap sokongan: 106.05, 105.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6720. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6660.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6760
Tahap sokongan: 0.6660, 0.6605

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.6395. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6430, 0.6470
Tahap sokongan: 0.6395, 0.6350

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1.3305. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3305, 1.3370
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3160

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.9750. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 0.9805.
Tahap rintangan: 0.9805, 0.9860
Tahap sokongan: 0.9750, 0.9705

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 53.65. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 52.45.
Tahap rintangan: 53.65, 54.60
Tahap sokongan: 52.45, 50.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1476.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan emas untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1495.60.
Tahap rintangan: 1495.60, 1515.55
Tahap sokongan: 1476.00, 1456.50