07 Ogos 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Aussie menjunam susulan RBA menjangkakan pemulihan yang lebih lama.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang Aussie yang berbanding dengan dolar AS dan pasangan mata wang lain telah susulan dengan nada dovish daripada penyataan RBA. Menurut kepada laporan tersebut, pemulihan ekonomi Australia berkemungkinan akan lebih lambat daripada yang diharapkan pada bulan Mei. Bank pusat juga menyatakan bahawa inflasi masih cenderung untuk kekal pada tahap rendah kerana pertumbuhan upah yang lemah dan kapasiti simpanan yang besar dalam ekonomi serta penyusutan ekonomi sebanyak 6% pada tahun 2020. Di samping itu, bank juga menjangkakan bahawa kadar pengangguran akan meningkat hampir 10% dalam tempoh enam bulan akan datang. Berdasarkan dengan nada dovish, Aussie mengalami sesetemgah tekanan penjualan dan menyeret harganya ke bawah. Pada masa penulisan, AUD/USD telah merosot sebanyak 0.39% ke 0.7205.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutan kerugiannya dan turun sebanyak 0.09% kepada $41,77 setong berikutan dengan ketidaktentuan rangsangan AS dan kelemahan dalam permintaan bahan bakar kekal membebani pasaran. Setakat ini, kemunculan semula jangkitan koronavirus tetap menjadi tumpuan utama yang mendorong sentimen tersebut. Sebaliknya, kekurangan perkembangan dalam perbincangan antara Rumah Putih dan Demokrat mengenai pakej rangsangan juga menambah alasan yang lebih lanjut untuk penjualan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.47% kepada $2053.32 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pengambilan untung setelah kenaikan yang berterusan baru-baru ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jul) | 4,800K | 1,600K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Jul) | 11.1% | 10.5% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jul) | 952.9K | 400.0K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jul) | 58.2 | 57.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 92.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 94.10.
Tahap rintangan: 94.10, 95.95
Tahap sokongan: 92.55, 91.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3150. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3060.
Tahap rintangan: 1.3150, 1.3245
Tahap sokongan: 1.3060, 1.2985

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1900, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1830, 1.1775

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 106.15.
Tahap rintangan: 106.15, 106.95
Tahap sokongan: 105.05, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7235. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7175.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7295
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7120

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6580. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6755.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6480

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3045

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 0.9125. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9170.
Tahap rintangan: 0.9170, 0.9220
Tahap sokongan: 0.9125, 0.9065

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 42.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 41.15.
Tahap rintangan: 42.10, 42.95
Tahap sokongan: 41.15, 40.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 2074.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 2046.15.
Tahap rintangan: 2074.75, 2103.35
Tahap sokongan: 2046.15, 2011.05