83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 September 2020                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak susulan dengan data pekerjaan yang positif.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama melonjak selepas pasaran buruh AS membebaskan serangkaian data ekonomi yang positif, yang berjaya membatasi kerugian dolar pada minggu lepas. Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja (BLS), data Nonfarm Payroll AS meningkat sebanyak 1,371K, tidak jauh daripada jangkaan ahli ekonomi pasaran iaitu 1,400K, menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi AS masih dalam tahap yang betul selepas penguncian negara oleh sebab wabak coronavirus. Di samping itu, kadar pengangguran AS juga turun dengan ketara daripada bacaan bulan Julai iaitu 10.2% ke 8.4%, lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi pada 9.8%, mencatatkan kadar terendah sejak tercetusnya coronavirus pada awal tahun ini. Faktor utama dalam penurunan kadar pengangguran disebabkan terutamanya oleh peningkatan aktiviti pengupahan dalam jabatan kerajaan, dikatakan oleh BLS. Selain itu, Naib Presiden AS Mike Pence juga menyatakan bahawa peningkatan dalam data pekerjaan ini adalah bukti nyata yang menunjukkan bahawa ekonomi AS telah bermula memulih, kebanyakan sektor dan industri sedang mengalami pemulihan yang kuat selepas sekatan penguncian diberhentikan.  Namun, dia juga menegaskan bahawa masih ada jurang besar dan memerlukan lebih banyak pemangkin seperti vaksin untuk membawa AS kembali ke tempat ekonominya pada awal tahun ini. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.12% ke 92.85.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.40% ke $38.75 setong kerana kebimbangan pasaran mengenai kebangkitan Covid-19 akan mengurangkan permintaan tenaga. Menurut berita terbaru, Arab Saudi telah menurunkan harga penjualan minyak untuk bulan Oktober, tanda bahawa Saudi tidak yakin dan optimis terhadap masa depan pasaran minyak mentah disebabkan oleh peningkatan kes covid-19 baru baru ini. Selain itu, harga emas naik 0.12% ke $1936.30 setroy auns kerana peningkatan kebimbangan pasaran terhadap wabak Covid-19.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   USD                                        Labor Day

All Day                   CAD                                        Labor Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang rintangan di 93.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.60.

 

Tahap rintangan: 93.25, 94.10

Tahap sokongan: 92.60, 92.10

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 1.3255.

 

Tahap rintangan: 1.3470, 1.3590

Tahap sokongan: 1.3255, 1.3045

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1705

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 106.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 106.95.

 

Tahap rintangan: 106.95, 107.90

Tahap sokongan:106.15, 105.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7330.

 

Tahap rintangan: 0.7330, 0.7405

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur tahap rintangan di 0.6755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6615.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6835

Tahap sokongan: 0.6615, 0.6535

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia melantun dari tahap sokongan di 1.3045. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3235

Tahap sokongan: 1.3045, 1.2950

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 0.9200.

 

Tahap rintangan: 0.9200, 0.9295

Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 39.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya menutup lilinya di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 40.25, 41.50

Tahap sokongan: 39.00, 37.65

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1926.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 2067.75, 2147.50

Tahap sokongan: 1926.40, 1761.65