07 Disember 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun jatuh susulan dengan kebarangkalian Soft-Brexit pudar.
Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama yang didagang dengan ketara di pasaran FX jatuh ketika para pelabur mempersoalkan kemungkinan untuk mencapai perjanjian Brexit sambil melarikan diri dari pasaran pound pada masa ini untuk mengelakkan risiko ketidakpastian. Dalam rundingan perdagangan pada hujung minggu lalu, perbincangan untuk perjanjian perdagangan pasca-Brexit telah berhenti kerana perunding Kesatuan Eropah dan Britain gagal untuk menyelesaikan perbezaan pandangan untuk memeterai perjanjian. Menurut pernyataan Michel Barnier, beliau telah mendedahkan bahawa perbezaan pendapat antara UK dan EU mengenai tahap persaingan, pemerintahan dan perikanan masih merupakan faktor penting yang menyekat perjanjian yang harus dicapai. Selepas itu, kedua-dua perunding memutuskan untuk melaporkan situasi dan mengadakan perbincangan yang lebih lanjut dengan pemimpin mereka dan merancang untuk mencari laluan baru untuk memecahkan kebuntuan. Pada msa ini, Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden EU Ursula von der Leyen mengarahkan perunding mereka untuk menyambung semula rundingan perdagangan tersebut supaya dapat mencapai kesepakatan sebelum akhir tempoh peralihan pada 31 Disember 2020. Oleh disebabkan kekurangan masa, kemungkinan mencapai perjanjian semakin pudar, sementara sentimen pasaran paun menjadi gelap. Semasa sesi dagangan Asia, pasangan GBP/USD jatuh 0.15% ke 1.3415.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 0.26% ke $46.30 setong ketika kompromi OPEC+ ke atas pemotongan pengeluaran minyak terus menceriakan sentimen pasaran komoditi hitam ini. Dalam pertemuan OPEC, OPEC dan ahli sekutunya bersetuju untuk menlanjutkan pelan pemotongan pengeluaran mereka sebanyak 7.2 juta sehari mulai tahun depan. Selain itu, harga emas menyusut 0.11% ke $1834.95 setroy auns di tengah-tengah berita perkembangan vaksin positif baru-baru ini telah mendorong para pelabur untuk memasuki ke pasaran aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Nov) | 54.5 | 51.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Dollar index telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 90.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang semakin meningkat mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 91.10.
Tahap rintangan: 91.10, 91.45
Tahap sokongan: 9060, 90.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3470. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3385.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3535
Tahap sokongan: 1.3385, 1.3290

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2135. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutka kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2105.
Tahap rintangan: 1.2135, 1.2175
Tahap sokongan: 1.2105, 1.2045

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 104.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 104.35.
Tahap rintangan: 104.35, 104.70
Tahap sokongan: 104.00, 103.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7445. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7400.
Tahap rintangan: 0.7445, 0.7480
Tahap sokongan: 0.7400, 0.7365

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7090. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7015.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7175
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2750.
Tahap rintangan: 1.2810, 1.2855
Tahap sokongan: 1.2750, 1.2715

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.8895. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.8945.
Tahap rintangan: 0.8945, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8895, 0.8870

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap terendah saluran aliran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap terendah saluran menaik.
Tahap rintangan: 46.65, 48.20
Tahap sokongan: 45.55, 44.65

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1830.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1844.50.
Tahap rintangan: 1844.50, 1855.95
Tahap sokongan: 1830.65, 1815.50