08 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat susulan dengan data-data ekonomi positif.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya selepas data-data pekerjaan yang penting telah memberikan bacaan yang sangat positif dari rantan A.S. pada Jumaat yang lalu. Menurut kepada Bureau of Labor Statistiks, A.S. Nonfarm Payrolls telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 166K ke bacaan sebanyak 379K, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 182K. Tambahan pula, Kadar Pengangguran A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 6.3% ke bacaan sebanyak 6.2%, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.3%. Oleh kerana kedua-dua data yang penting daripada A.S. telah menunjukkan bacaan yang positif, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S sambil mencetuskan momentum bullish ke atas Dolar A.S. Namun, Dolar A.S. telah mengehadkan keuntungannya selepas Senat A.S. meluluskan rancangan rangsangan ekonomi Covid-19 yang bernilai sebanyak $1.9 trilion pada hari Sabtu yang lalu. Rangsangan ekonomi A.S. yang agresif akan mencetuskan jangkaan inflasi yang lebih tinggi pada masa yang akan datang, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar A.S. Walau bagaimanapun, para pelabur akan memantau perkembangan mengenai pergerakan ke atas hasil Perbendeharaan AS pada minggu ini serta perkembangan vaksin Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.39% ke 91.98.
Bagi apsaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $62.25 se tong semasa penulisan selepas OPEC bersetuju untuk melanjutkan program pemotongan minyak mentah hingga bulan April. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.03% ke $1698.00 se troy auns semasa penulisan susulan dengan peningkatan dalam Dolar A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.05, 92.90
Tahap sokongan: 90.95, 90.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3860. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3860, 1.3985
Tahap sokongan: 1.3775, 1.3680

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1955. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1860.
Tahap rintangan: 1.1955, 1.2070
Tahap sokongan: 1.1860, 1.1775

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 108.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.05.
Tahap rintangan: 109.05, 109.60
Tahap sokongan: 108.00, 106.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7700. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7700, 0.7755
Tahap sokongan: 0.7650, 0.7590

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7170. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7240
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7050

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2720. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2615.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2560

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9305. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya seleaps ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9385
Tahap sokongan: 0.9200, 0.9040

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 66.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 66.45, 68.00
Tahap sokongan: 63.80, 61.70

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1685.85. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1711.70.
Tahap rintangan: 1711.70, 1737.55
Tahap sokongan: 1685.85, 1661.50