83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

08 Mac 2021                        Analisis Sesi Petang

 

Aussie tertekan kerana suasana risiko berubah.

Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan sentimen risiko pasaran menjadi masam dan mengurangkan daya tarikan untuk pasangan mata wang yang berkaitan dengan komoditi. Di AS, data pekerjaan yang optimis dan kekuatan dalam keseluruhan hasil perbendaharaan telah menyokong permintaan untuk dolar AS. Data Unemployment Rate dan NFP telah memberi bacaan yang lebih baik daripada jangkaan. Di samping itu, kelulusan dalam rangsangan Biden bernilai $1.9 trilion oleh Senat A.S. juga membantu dalam memberi rangsangan tambahan kepada dolar AS dan juga memberi tekanan kepada mata wang Aussie pada masa yang sama. Di China, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China menyatakan bahawa pemulihan ekonomi belum kukuh dan mesti mengatasi risiko dari luar negara. Komen yang kurang memberangsangkan tersebut juga membebani Aussie. Pada masa penulisan, AUD/USD merosot sebanyak 0.11% kepada 0.7692.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melambung sebanyak 1.92% kepada $67.50 setong semasa penulisan berikutan laporan mengenai serangan terhadap kemudahan minyak Saudi. Menurut kepada laporan dari Aljazeera, pasukan Houthi Yaman melancarkan serangan drone dan peluru berpandu terhadap industri minyak Arab Saudi pada hari Ahad, termasuk sebuah kemudahan Saudi Aramco di Ras Tanura yang berpotensi mengganggu bekalan dan pengeluaran minyak. Sebaliknya, harga emas melambung sebanyak 0.48% kepada $1708.11 se troy auns pada waktu penulisan berikutan dengan kelemahan dolar baru-baru ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 92.15. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 91.55.

 

Tahap rintangan: 92.15, 93.00

Tahap sokongan: 91.55, 90.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 1.3850. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.3685.

 

Tahap rintangan: 1.3850, 1.4060

Tahap sokongan: 1.3685, 1.3550

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1940. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1765.

 

Tahap rintangan: 1.1940, 1.2055

Tahap sokongan: 1.1765, 1.1620

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 108.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 107.70.

 

Tahap rintangan: 108.55, 109.20

Tahap sokongan: 107.70, 106.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7725. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7725, 0.7805

Tahap sokongan: 0.7640, 0.7555

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7280

Tahap sokongan: 0.7095, 0.7010

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2610. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2745, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2610, 1.2475

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9295. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9365, 0.9455

Tahap sokongan: 0.9295, 0.9230

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 66.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 68.35.

 

Tahap rintangan: 68.35, 70.40

Tahap sokongan: 66.25, 63.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1715.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1715.35, 1769.75

Tahap sokongan: 1677.25, 1641.35