83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Mac 2023                          Analisis Sesi Pagi

Dolar AS melonjak di tengah-tengah kenyataan hawkish daripada Powell.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak pada hari semalam apabila Pengerusi Fed memberi isyarat kenaikan kadar agresif selanjutnya mungkin dilaksanakan. Menurut kepada Reuters, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell telah menyampaikan ucapan dalam keterangannya yang dijadualkan pada hari Selasa, bahawa kadar terminal mungkin akan dinaikkan dengan lebih tinggi daripada jangkaan pasaran untuk menurunkan inflasi ke 2%. Beliau mendakwa sasaran inflasi 2% Fed yang berusia sedekad adalah faktor utama untuk mengekalkan tekanan harga yang lebih rendah dalam negara, serta pegawai perlu sedaya upaya untuk merealisasikannya. Dengan itu, bank pusat AS telah bersedia untuk mengambil langkah yang lebih besar untuk mencapai matlamat tersebut. Selain itu, Jerome Powell mengulangi bahawa laluan kenaikan kadar mungkin diteruskan jika data seterusnya menunjukkan keadaan ekonomi yang kukuh. Oleh itu, para pelabur telah mula menjangkakan peningkatan kadar sebanyak 50 mata asas dalam mesyuarat Mac. Menurut kepada CME FedWatch Tool, kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas telah meningkat dengan ketara, yang meningkat daripada 31.4% sebelumnya ke 71.2%. Semasa penulisan, Indeks Dolar melonjak sebanyak 1.23% ke 105.60.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menaik sebanyak 0.01% ke $77.22 setong setakat ini selepas kemerosotan mendadak sepanjang sesi dagangan semalaman berikutan kenyataan hawkish daripada Presiden Fed. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1813.82 se-troy auns setakat penulisan berikutan kejatuhan Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

23:00                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) 106K 195K
23:00 USD – JOLTs Job Openings (Jan) 11.012M 10.600M
23:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 4.50% 4.50%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 1.165M 0.395M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap Rintangan: 106.30, 107.65

Tahap Sokongan: 104.70, 103.20

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap Rintangan: 1.1905, 1.2120

Tahap Sokongan: 1.1685, 1.1450

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.0600, 1.0740

Tahap sokongan: 1.0510, 1.0240

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 139.05, 142.25

Tahap sokongan: 135.20, 131.15

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.6605, 0.6775

Tahap sokongan: 0.6435, 0.6290

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6225, 0.6360

Tahap sokongan: 0.6080, 0.5960

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.3865, 1.4070

Tahap sokongan: 1.3675, 1.3500

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.9590, 0.9745

Tahap sokongan: 0.9400, 0.9235

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 81.30, 86.00

Tahap sokongan: 76.80, 73.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang bekurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1854.65, 1898.50

Tahap sokongan: 1811.45, 1762.25