08 April 2020 Analisis Sesi Petang
Paun meningkat susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko.
Paun Sterling telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan peningkatan dalam sentiment selera risiko dalam pasaran FX selepas kadar kematian yang akibat daripada wabak koronavirus di Sepanyol dan Itali telah menyusut selama beberapa hari, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko seperti Paun Sterling. Walau bagaimanapun, pada masa ini, wabak koronavirus telah menjangkiti lebih daripada 51,000 orang di U.K dan angka kematian telah meningkat ke 5,400 orang. Sebelum ini, Paun Sterling telah menerima tekanan bearish selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson telah dipindahkan ke penjagaan intensif pada hari Isnin selepas keadaannya merosot dengan cepat. Namun, para pelabur telah mencerna berita negatif tersebut manakala U.K. Setiausaha Luar Dominic Raab, yang mewakili Perdana Menteri UK, menegaskan bahawa keadaan Perdana Menteri U.K. Boris Johnson telah “stabil” semalaman. Selain itu, beliau mengulangi bahawa Boris Johnson masih tidak memerlukan sebarang mekanikal ventilator atau sokongan pernafasan. Sentimen tersebut telah memberikan momentum bullish yang ketara ke atas Paun Sterling. Sebaliknya, indeks dolar telah meningkat selepas data pekerjaan yang positif dari rantau A.S. dibebaskan pada hari semalam. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, A.S. JOLTs Job Openings telah memberi bacaan sebanyak 6.882M, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 6.600M, yang selanjutnya meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Semasa penulisan, indeks dolar telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.22% ke 100.12 manakala GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.15% ke 1.2316.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 3.12% ke $24.90 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa ahli-ahli OPEC dan pengeluarnya akan mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah manakala menamatkan perang harga di antara Arab Saudi dan Rusia semasa mesyuarat mereka pada hari Khamis. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya semalam susulan dengan kekukuhan dalam Dolar AS. Semasa penulisan, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1648.45 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
(9hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 13.834M | 9.271M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 99.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 101.20.
Tahap rintangan: 101.20, 102.90
Tahap sokongan: 99.80, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2340. Oleh kerana kekurangan isyaray daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.
Tahap rintangan: 1.2340, 1.2470
Tahap sokongan: 1.2215, 1.2115

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 1.0830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0940.
Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025
Tahap sokongan: 1.0830, 1.0765

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 108.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.25.
Tahap rintangan: 109.25, 110.10
Tahap sokongan: 108.55, 107.50

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang tahap rintangan di 0.6180. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.6180.
Tahap rintangan: 0.6180, 0.6460
Tahap sokongan: 0.5975, 0.5720

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.5865. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6075.
Tahap rintangan: 0.6075, 0.6250
Tahap sokongan: 0.5865, 0.5620

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3980. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.4105.
Tahap rintangan: 1.4105,1.4240
Tahap sokongan: 1.3980, 1.3805

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9685. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9745.
Tahap rintangan: 0.9745, 0.9825
Tahap sokongan: 0.9685, 0.9650

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 23.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 25.90.
Tahap rintangan: 25.90, 27.40
Tahap sokongan: 23.90, 21.80

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas lantunan berlaku pada tahap sokongan di 1644.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1657.55.
Tahap rintangan: 1657.55, 1666.10
Tahap sokongan: 1664.00, 1623.75