8 April 2021 Analisis Sesi Petang
Euro merosot susulan sentimen berwaspada yang berterusan.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Euro yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan pasaran kekal berwaspada terhadap isu vaksinasi di EU dan koronavirus gelombang ketiga. Walaupun EU menegaskan untuk mencapai kadar vaksinasi lebih dari 50% pada akhir suku kedua tahun ini, kebanyakan para pelabur mempunyai keraguan terhadap pelan tersebut. Menurut kepada data yang dikeluarkan oleh Pusat Pencegahan Penyakit Eropah, kadar vaksinasi telah meningkat di banyak negara, tetapi jumlah masih jauh di bawah 80%. Koronavirus gelombang ketiga di EU juga terus menimbang kepada sentimen di mana negara-negara seperti Perancis, Itali, Jerman dan Sepanyol telah dikuarantin sehingga sekarang. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh 0.03% kepada 1.1870.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal stabil dan meningkat sebanyak 0.09% kepada $59.52 setong semasa susulan dengan para pelabur mengimbangi pelan OPEC untuk meningkatkan pengeluaran terhadap pelancaran vaksin. OPEC memulihkan lebih daripada 2 juta tong sehari untuk mengurangkan pengurangan pengeluaran selama tiga bulan hingga Julai. Walaupun begitu, sentimen juga disokong oleh data terbaru dari EIA yang menunjukkan peningkatan dalam permintaan minyak sementara pasar menunggu lebih banyak pemangkin. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.08% kepada $ 1738.71 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan lantunan dalam dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:30 EUR ECB Monetary Policy Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Mar) | 53.3 | 54.6 | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 719K | 680K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 92.50, 92.95
Tahap sokongan: 91.95, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3720. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3815, 1.3895
Tahap sokongan: 1.3720, 1.3565

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1895. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1780.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1930
Tahap sokongan: 1.1830, 1.1780

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 110.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.00, 110.75
Tahap sokongan: 109.20, 108.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7650. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7585.
Tahap rintangan: 0.7650, 0.7710
Tahap sokongan: 0.7585, 0.7535

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7070. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6955.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7140
Tahap sokongan: 0.6955, 0.6830

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2630. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2680
Tahap sokongan: 1.2515, 1.2460

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9305. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9355
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9150

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 58.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 62.05.
Tahap rintangan: 62.05, 63.70
Tahap sokongan: 58.15, 55.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1745.10. MACD yang memaparkna momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1722.90.
Tahap rintangan: 1745.10, 1759.00
Tahap sokongan: 1722.90, 1710.70