8 May 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun menyusut susulan dengan ketidakstabilan wabak koronavirus.
Paun Sterling telah mencatat kerugiannya semalam susulan dengan ketidakpastian mengenai perkembangan koronavirus di UK dan juga risiko Brexit, walaupun Bank Pusat UK telah memberikan beberapa pernyataan hawkish semalam. Menurut kepada Reuters, Bank Pusat UK telah mengekalkan kadar faedahnya pada tahap rendah sebanyak 0.1% sambil menegaskan bahawa mereka bersedia untuk mengambil tindakan yang lebih lanjut untuk mengurangkan impak negatif yang akibat daripada wabak koronavirus. Dari sisi koronavirus, pemerintah UK dijangkakan akan mengumumkan beberapa perkembangan mengenai perubahan untuk sekatan sosial pada hari Ahad yang akan datang. Namun, seorang jurucakap mendakwa bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson hanya akan mengumumkan langkah sekatan pelonggaran yang terhad. Sentimen tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di rantau UK manakala mengurangkan permintaan pasaran ke atas Paun Sterling. Untuk sekarang, banyak ahli ekonomi meramalkan bahawa negara UK akan mengalami kemelesetan ekonomi terbesar dalam lebih dari 300 tahun, dengan penguncupan pertumbuhan GDP sebanyak 14%. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai wabak koroanvirus dan juga ekonomi data yang penting dari rantau UK untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, GBP/USD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.06% ke 1.2367.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1.10% ke $23.85 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas data yang dibebaskan pada hari semalam menunjukkan bahawa import minyak mentah dari negara China telah meningkat ke 10.42 juta tong sehari pada bulan April dari 9.68 juta tong pada bulan Mac. Selain itu, pembukaan ekonomi dari beberapa negara telah memberikan prospek positif yang lanjutnya untuk permintaan ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.05% ke $1716.95 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Apr) | -701K | -22,000K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Apr) | 4.4% | 16.0% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Apr) | -1,010.7K | -4,000.0K | – |
| 01:00
(9hb) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 325 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 99.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 100.65, 101.60
Tahap sokongan: 99.75, 98.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2375. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2375, 1.2425
Tahap sokongan: 1.2315, 1.2245

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0840. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0840, 1.0875
Tahap sokongan: 1.0780, 1.0735

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 106.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.10, 107.95
Tahap sokongan: 106.15, 105.35

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6680
Tahap sokongan: 0.6405, 0.6235

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6070. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6130.
Tahap rintangan: 0.6130, 0.6205
Tahap sokongan: 0.6070, 0.6000

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.4015. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3875.
Tahap rintangan: 1.4015, 1.4155
Tahap sokongan: 1.3875, 1.3765

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9780. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9585.
Tahap rintangan: 0.9780, 0.9880
Tahap sokongan: 0.9585, 0.9495

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berudur dari tahap rintangan 25.90. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 20.40.
Tahap rintangan: 25.90, 29.95
Tahap sokongan: 20.40, 15.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1714.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1714.30, 1733.25
Tahap sokongan: 1689.95, 1673.75