83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Mei 2023                           Analisis Sesi Pagi

 

Greenback merosot walaupun data Nonfarm Payroll positif.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, kekal didagang menghampiri paras terendah dalam satu bulan kerana pelabur bimbang tentang kegawatan perbankan yang diperbaharui serta isu siling hutang yang belum dapat diselesaikan. Pada ketika ini, PacWest Bancorp masih dalam penerokaan pilihan strategik, termasuk penjanaan dana dan potensi jualan. Selain itu, peserta pasaran sedang mengintai perkembangan terkini rundingan siling hutang AS. Menurut berita terkini, Joe Biden akan berjumpa dengan Speaker Dewan Kevin McCarthy dan pemimpin kongres lain di Rumah Putih pada hari Selasa untuk berbincang tentang isu hutang siling. Sebelum ini, data pekerjaan yang menggalakkan telah mengejutkan pelabur, mendorong pelabur untuk bergegas ke pasaran dolar. Menurut Biro Statistik Buruh, data Nonfarm Payroll AS meningkat daripada 165K ke 253K bulan ini, melebihi ramalan konsensus pada 180K. Selain itu, kadar pengangguran AS turun daripada 3.5% ke 3.4%. Dengan itu, ia menunjukkan bahawa pasaran buruh AS secara mengejutkan kekal berdaya tahan walaupun Fed telah melaksanakan sesiri kenaikan kadar yang agresif sejak lebih setahun lalu. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.10% ke 101.00.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik sebanyak 0.05% ke $71.50 setong apabila serangan dron ke atas kilang penapisan minyak Ilsky di selatan Rusia, telah menyebabkan kebakaran. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.05% ke $2015.85 setiap troy auns kerana data pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan mengurangkan daya tarikan emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   GBP                                        Bank Holiday

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 100.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 103.15, 104.95

Tahap sokongan: 100.65, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan sebelumnya di 1.2645. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintang tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2645, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2525, 1.2405

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1050. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1010.

 

Tahap rintangan: 1.1050, 1.1120

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0915

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 135.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 135.20, 136.30

Tahap sokongan: 133.05, 130.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6785.

 

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3395. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3330.

 

Tahap rintangan: 1.3395, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.8865. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9000.

 

Tahap rintangan: 0.9000, 0.9075

Tahap sokongan: 0.8865, 0.8780

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 70.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 73.90.

 

Tahap rintangan: 73.90, 77.15

Tahap sokongan: 70.15, 66.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 2025.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang  berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 2000.00.

 

Tahap rintangan: 2025.50, 2051.90

Tahap sokongan: 2000.00, 1972.80