8 June 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak susulan dengan data NFP dibebaskan
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama melonjak dengan lebih tinggi setelah AS membebaskan data pekerjaan iaitu data NonFarm Payroll. Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, data NFP AS dibebaskan pada 2,509K, tidak dijangkakan lebih baik daripada ramalan ahli ekonomi pada -8,000K, menunjukkan bahawa pemecatan di pasaran buruh AS mereda setelah AS membuka kembali ekonominya pada bulan Mei. Peningkatan dalam pasaran buruh ini mencerminkan pembukaan ekonomi di AS selepas ekonomi negara merosot dengan ketara selama tempoh pelaksanaan sekatan penguncian. Pada masa yang sama, kadar pengangguran AS untuk bulan Mei juga menurun daripada bacaan sebelumnya pada 14.7% hingga 13.3%, menunjukkan bahawa aktiviti mengupah perkerja telah mulai pulih dari kesan negatif Covid-19. Meskipun demikian, ia perlu diperhatikan bahawa laporan pekerjaan telah tertakluk catatan di bahagian bawah yang menyatakan bahawa terdapat kesilapan klasifikasi. Dengan tidak adanya kesilapan tersebut, kadar pengangguran akan menjadi 3% lebih tinggi daripada bacaan sebenar, dengan syarat menerapkan standard yang sama. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar meningkat 0.28% to 96.95.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.93% ke $40.10 setong setelah OPEC dan sekutu bersetuju untuk melanjutkan pelan pemotongan pengeluaran minyaknya pada hari Sabtu yang lalu. Dalam persidangan video ini, ahli OPEC dan bukan OPEC bersetuju untuk melanjutkan pengeluaran minyak mereka selama satu bulan hingga akhir Julai 2020. Selain itu, harga emas menyusut 0.38% ke $1678.75 setroy auns susulan dengan data perkerjaan yang positif telah menaikkan daya tarikan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 96.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 97.60.
Tahap rintangan: 97.60, 98.25
Tahap sokongan: 96.85, 95.95

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2750.
Tahap rintangan: 1.2750, 1.2880
Tahap sokongan: 1.2625, 1.2495

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 1.1305.
Tahap rintangan: 1.1305, 1.1345
Tahap sokongan: 1.1250, 1.1195

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 109.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 111.35.
Tahap rintangan: 111.35, 113.15
Tahap sokongan: 109.40, 108.20

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7005.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7205
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6655

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6490. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6430

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3380. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3670, 1.3855
Tahap sokongan: 1.3380, 1.3095

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9575.
Tahap rintangan: 0.9650, 0.9700
Tahap sokongan: 0.9575, 0.9535

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 38.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 41.05
Tahap rintangan: 41.05, 43.60
Tahap sokongan: 38.00, 34.35

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1683.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokogan di 1666.25.
Tahap rintangan: 1683.50, 1695.15
Tahap sokongan: 1666.25, 1644.85