83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Jun 2023                           Analisis Sesi Pagi

 

Greenback mencapai tahap tinggi menjelang data inflasi dan keputusan kadar faedah Fed.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berlegar menghampiri paras tertinggi 11 minggu kerana sentimen pasaran kekal kabur, di mana pelabur sedang menunggu angka inflasi AS untuk bulan Mei dan juga keputusan kenaikan kadar Fed. minggu depan. Pada ketika ini, peserta pasaran menjangkakan Fed mungkin akan mengambil langkah ke belakang daripada dasar kenaikan kadar yang agresif, mengekalkan kadar tunai pada paras semasa sebelum kenaikan kadar selanjutnya dilanjutkan. Majoriti ahli Fed telah menyebut bahawa mereka berhasrat untuk mengelakkan kenaikan kadar dalam mesyuarat Jun kerana mereka perlu menilai kesan kenaikan kadar baru-baru ini terhadap ekonomi secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, minoriti ahli Fed seperti James Bullard mendedahkan bahawa kenaikan kadar selanjutnya diperlukan untuk meredakan inflasi yang masih tinggi ke arah sasaran jangka panjang mereka, iaitu pada 2%. Namun begitu, pelabur diingatkan supaya memahami bahawa objektif teras pelarasan kadar adalah untuk memperlahankan tahap inflasi. Dengan itu, Indeks Harga Pengguna (CPI) AS, yang dijadualkan pada Rabu depan, akan menjadi data penting untuk Fed kerana ia akan mempengaruhi keputusan kadar faedah Khamis depan. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.01% ke 104.10.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.35% ke $72.44 setong kerana data EIA menunjukkan sedikit penurunan dalam inventori minyak mentah AS. Menurut EIA, inventori minyak mentah AS berkurangan sebanyak -0.451 juta, manakala jangkaan pakar ekonomi ialah peningkatan sebanyak 1.022 juta dalam inventori minyak. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.12% ke $1942.40 setiap troy auns apabila dolar melemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Initial Jobless Claims 238K 232K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 103.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.00, 100.65

 

 

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2405. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2525, 1.2645

Tahap sokongan: 1.2405, 1.2300

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0665. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0770.

 

Tahap rintangan: 1.0770, 1.0915

Tahap sokongan: 1.0665, 1.0575

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 138.95. Namun,  MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 141.60, 144.85

Tahap sokongan: 138.95, 137.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6565, 0.6425

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6040. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6150, 0.6290

Tahap sokongan: 0.6040, 0.5925

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3330. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3395, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245

 

 

 

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9075. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9075, 0.9160

Tahap sokongan: 0.9000, 0.8865

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan di 73.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 73.90.

 

Tahap rintangan: 73.90, 77.15

Tahap sokongan: 70.15, 66.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1951.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1980.00, 2020.70

Tahap sokongan: 1951.60, 1889.55