08 Julai 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun meningkat susulan dengan prospek positif untuk rundingan Brexit.
Paun Sterling telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan prospek positif untuk rundingan post-Brexit di antara UK dan Eropah. Menurut kepada Reuters, jurucakap Perdana Menteri UK Boris Johnson menegaskan bahawa ketua perunding untuk UK dan EU akan menjamu selera di Number 10 Downing Street untuk perbincangan tidak rasmi mengenai hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara tersebut. Selain itu, Paun Sterling melanjutkan keuntungannya susulan dengan optimisme terhadap rancangan rangsangan ekonomi di UK yang akan diumumkan pada hari ini untuk mengurangkan kerosakan ekonomi yang akibat daripada wabak koronavirus. Canselor Rishi Sunak akan melancarkan lebih banyak langkah perbelanjaan pada hari Rabu. Untuk setakat ini, beliau sedang mempertimbangkan utnuk memberikan wang tunai 500 Paun untuk orang dewasa manakala 250 Paun untuk anak-anak di UK untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna sambil memberangsangkan perkembangan ekonomi di UK. Walau bagaimanapun, para pelabur masih khuatir terhadap prospek United Kingdom susulan dengan hubungan post-Brexit di antara UK dan EU masih tetap tidak stabil. Justerunya, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai perjanjian perdagangan post-Brexit dan juga rangsangan ekonomi di UK untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.06% ke 1.2545.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $40.35 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas data inventori yang suram telah dibebaskan. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), A.S. API Weekly Crude Oil Stock telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -8.156M ke bacaan sebanyak 2.000M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 3.700M. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.04$ ke $1795.00 se troy auns susulan dengan kenaikan kes-kes koronavirus yang mendadak di Amerika Syarikat, yang selanjutnya meningkatkan permintaan ke atas aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | -7.195M | -0.710M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.30.
Tahap rintangan: 97.30, 98.05
Tahap sokongan: 96.70, 95.85

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2595. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2520.
Tahap rintangan: 1.2595, 1.2660
Tahap sokongan: 1.2520, 1.2400

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1265. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1315, 1.1355
Tahap sokongan: 1.1265, 1.1230

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.90, 108.45
Tahap sokongan: 107.35, 106.80

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6970. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.7010
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6885

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6570. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6570, 0.6645
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6405

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3555. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3635.
Tahap rintangan: 1.3635, 1.3685
Tahap sokongan: 1.3555, 1.3510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9380. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9440.
Tahap rintangan: 0.9440, 0.9525
Tahap sokongan: 0.9380, 0.9280

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 40.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 41.40, 42.55
Tahap sokongan: 40.30, 39.25

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1756.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1810.50, 1847.20
Tahap sokongan: 1756.20, 1715.85