08 Julai 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Koronavirus melanjutkan sokongan untuk daya tarikan dolar.
Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal dalam tawaran berikutan dengan peningkatan risiko koronavirus di AS dan perlaksanaan semula sekatan telah meningkatkan permintaan untuk aset selamat. Menurut perkembangan terbaru, jumlah kes koronavirus di AS telah melampaui 3 juta pada hari Selasa dan menimbulkan kebimbangan bahawa hospital akan sesak. Sehingga hari ini, A.S. tetap berada di puncak dalam jumlah kes dan kematian. Di samping itu, sentimen risiko juga dilemahkan oleh pegawai Fed setelah tiga pegawai Fed menyatakan kebimbangan mereka bahawa peningkatan jangkitan boleh membahayakan pertumbuhan ekonomi ketika langkah-langkah rangsangan mulai berakhir. Oleh kerana faktor-faktor tersebut, daya tarikan aset selamat seperti dolar A.S sendiri mendapat permintaan yang tinggi. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.06% kepada 96.84.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot sebanyak 0.09% kepada $ 40.44 setong pada masa penulisan di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan berlebihan dan permintaan yang lemah. Dengan peningkatan jumlah koronavirus yang hampir 11.8 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, pemulihan dalam permintaan global tetap rapuh. Selain itu, data API baru-baru ini yang menunjukkan peningkatan dalam bekalan sebanyak 2 juta tong juga menambah tekanan. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.11% kepada $ 1794.48 se troy auns susulan dengan kenaikan dalam daya tarikan aset selamat disebabkan oleh koronavirus.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | -7.195M | -0.710M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintanga di 96.90. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 96.90, 97.55
Tahap sokongan: 96.10, 95.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2525. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2625.
Tahap rintangan: 1.2625, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2525, 1.2435

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1285. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1285, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1200

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.90.
Tahap rintangan: 107.90, 108.35
Tahap sokongan: 107.45, 106.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah garisan aliran menaik. Oleh sebab kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke dalam pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6480.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6755
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3500. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3675.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundru dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9430. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9380.
Tahap rintangan: 0.9430, 0.9475
Tahap sokongan: 0.9380, 0.9320

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momemtum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 41.35, 43.75
Tahap sokongan: 39.15, 37.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1796.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1777.95.
Tahap rintangan: 1796.15, 1813.90
Tahap sokongan: 1777.95, 1751.50