83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Julai 2022                          Analisis Sesi Petang

BoJ kekal dengan kenyataan dovishnya, USDJPY meningkat.

USD/JPY telah menaik pada semalam di tengah-tengah latar belakang penyata dovish Bank of Japan (BoJ). Menurut kepada Reuters, BoJ dijangka menaikkan unjuran inflasinya, yang mana inflasi pengguna teras diselaraskan kepada sasaran 2% pada tahun fiskal semasa yang berakhir pada Mac 2023, lebih tinggi daripada ramalan semasa sebanyak 1.9% yang dijangka pada bulan April. Namun begitu, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda mendakwa bahawa bank pusat akan mengekal kepada pelaksanaan dasar monetari mengembang kerana inflasi di Jepun masih lebih rendah daripada negara barat lain. Selain itu, BoJ juga menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya daripada 2.9%. Jangkaan pertumbuhan ekonomi yang lemah mungkin menunjukkan bahawa perbelanjaan pengguna yang berkurangan di Jepun, yang mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah daripada BoJ. Walaupun begitu, pergerakan USD/JPY adalah perlahan sepanjang sesi dagangan semalaman kerana para pelabur sedang memerhatikan data NFP yang akan dikeluarkan pada malam ini. Semasa penulisan, USD/JPY meningkat sebanyak 0.03% ke 136.00.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.88% ke $101.85 setong semasa penulisan berikutan sentimen kemelesetan ekonomi terus berlarutan dalam pasaran. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.10% ke $1741.55 se-troy auns semasa penulisan. Namun, aliran keseluruhan harga emas kekal menurun di tengah-tengah peningkatan jangkaan kenaikan kadar faedah daripada bank pusat utama.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:55                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jun) 390K 270K
20:30 USD – Unemployment Rate (Jun) 3.6% 3.6%
20:30 CAD – Employment Change (Jun) 39.8K 22.5K

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.95, 107.70

Tahap sokongan: 105.90, 105.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintanagan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.2115, 1.2190

Tahap sokongan: 1.2010, 1.1870

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0235, 1.0315

Tahap sokongan: 1.0145, 1.0040

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 136.65, 137.35

Tahap sokongan: 135.55, 134.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.6850, 0.6930

Tahap sokongan: 0.6770, 0.6665

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6235, 0.6295

Tahap sokongan: 0.6145, 0.6060

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3095

Tahap sokongan: 1.2940, 1.2875

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9740, 0.9820

Tahap sokongan: 0.9675, 0.9595

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 103.30, 107.60

Tahap sokongan: 97.70, 93.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1753.25, 1771.10

Tahap sokongan: 1737.30, 1718.90