8 Ogos 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Pasaran didagang secara rata menjelang data inflasi.
Sentimen pasaran kekal ditekan oleh acara yang dovish terutamanya peningkatan kebimbangan terhadap penyusutan pertumbuhan ekonomi global yang mendorong kebanyakan bank pusat untuk memotong kadar faedahnya. Penyusutan pertumbuhan global menambah buruk selepas pusingan perundingan perdagangan terkini mengakibatkan kepada pengumuman tarif tambahan oleh Presiden AS Donald Trump ke atas barangan China yang berkesan pada 1hb September. Sebahagian analis menyatakan bahawa pengumuman tarif tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak China untuk mempercepatkan pencapaian perjanjian. Namun, analis yang lain pula menyatakan tindakan tersebut adalah disebabkan oleh sikap ‘protectionism’ Trump. Walaubagaimanapun, China telah menyatakan bahawa mereka tidak ingin untuk berperang dengan AS tetapi mereka tidak takut kepadanya juga. Kejadian tersebut telah meningkatkan ketegangan perdagangan dan memanjangkan tempoh perang perdagangan. Ketegangan diantara dua negara tersebut telah menjejaskan ekonomi global dan menyebabkan bank pusat seperti RBNZ dan RBA untuk melanjutkan kelonggaran dasar kewangan mereka bagi menyokong pertumbuhan ekonominya. Prospek pasaran FX terkini kekal dovish serta menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran aset selamat sementara mereka menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran seperti potensi perkembangan perundingan perdagangan sebelum 1hb September. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% ke 97.32 sementara pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.13% ke 106.11 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan lantunannya sebanyak 0.82% ke $52.68 setong. Komoditi tersebut telah mendapat sokongan daripada ketegangan Teluk Parsi dan juga usaha OPEC+ dalam pemotongan bekalan selepas EIA melaporkan peningkatan dalam paras inventori minyak AS. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.08% ke $1499.75 se troy auns. Harga emas masih menerima sokongan menaik berikutan dengan kritikan Trump terhadap Bank Pusat AS untuk memotong lagi kadar faedahnya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 215K | 215K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 97.10. MACD yang menunjukkan isyarat bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 97.90.
Tahap rintangan: 97.90, 98.50
Tahap sokongan: 97.10, 96.30

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisinya. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.2245.
Tahap rintangan: 1.2245, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2100, 1.1955

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1170.
Tahap rintangan: 1.1275, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1170, 1.1100

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan 106.05. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 106.90.
Tahap rintangan: 106.90, 107.80
Tahap sokongan: 106.00, 105.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6760. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6825.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6420. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6490.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6550
Tahap sokongan: 0.6420, 0.6350

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3290. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3230.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3230, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.9755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9755, 0.9800
Tahap sokongan: 0.9705, 0.9635

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 52.90. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 52.90, 54.50
Tahap sokongan: 50.90, 48.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1495.60. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 1495.60.
Tahap rintangan: 1515.55, 1535.00
Tahap sokongan: 1495.60, 1475.50