83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

08 Oktober 2020                                Analisis Sesi Pagi

Dolar menyusut berdasarkan harapan rangsangan terbaru dari Trump.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut di tengah-tengah harapan positif sekurang-kurangnya beberapa rangsangan fiskal yang baru akan dilaksanakan sebelum pilihan raya Presiden A.S. pada 3hb November 2020, yang selanjutnya meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko seperti Paun dan Euro. Menurut kepada Reuters, Presiden AS Donald Trump menggesa Kongres pada hari semalam bahawa mereka harus menghulurkan bantuan gaji baru yang bernilai $25 bilion kepada industri penerbangan A.S. susulan dengan perjalanan udara terus menyusut di tengah-tengah wabak koronavirus. Selain itu, Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan penyataan yang dovish dari Federal Reserve semasa mesyuarat FOMC semalam. Federal Reserve Williams telah menegaskan bahawa tinjauan ekonomi global adalah sangat tidak stabil sementara itu mengulangi bahawa beberapa bahagian sektor ekonomi masih dijejaskan susulan dengan wabak koronavirus. Sementara itu, Presiden Federal Reserve Chicago Charles Evans juga mendakwa bahawa Bank Pusat AS kemungkinan akan kekal melaksanakan pelonggaran dasar monetari dalam jangka panjang untuk mencapai sasaran inflasi A.S. Semasa penulisan, Indeks dolar telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.09%.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.08% ke $40.01 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa harapan untuk rangsangan fiskal yang baru dari kerajaan AS akan memberangsangkan perkembangan ekonomi di seluruh dunia, yang selanjutnya memberikan prospek positif ke atas permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.03% ke $1887.60 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                  EUR                    ECB Monetary Policy Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Initial Jobless Claims 837K 820K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 93.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 94.60, 95.95

Tahap sokongan: 93.45, 92.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2890. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2985.

 

Tahap rintangan: 1.2985, 1.3095

Tahap sokongan: 1.2890, 1.2810

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1765. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1765, 1.1810

Tahap sokongan: 1.1725, 1.1675

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 105.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 106.70.

 

Tahap rintangan: 106.70, 108.00

Tahap sokongan: 105.40, 104.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7100. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7160.

 

Tahap rintangan: 0.7160, 0.7210

Tahap sokongan: 0.7100, 0.7040

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6600. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6600, 0.6655

Tahap sokongan: 0.6520, 0.6445

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3255. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3320, 1.3365

Tahap sokongan: 1.3255, 1.3205

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9275.

 

Tahap rintangan: 0.9275, 0.9385

Tahap sokongan: 0.9145, 0.9060

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 39.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 40.55, 41.45

Tahap sokongan: 39.25, 38.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1916.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1916.00, 1954.85

Tahap sokongan: 1852.15, 1813.70