8 November 2021 Analisis Sesi Petang
Paun kekal lemah di tengah-tengah risiko Brexit.
Paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh di tengah-tengah peningkatan dalam risiko Brexit antara U.K dan E.U. Mengikut perkembangan terkini, kerajaan UK bersedia untuk mencetuskan artikel 16 dalam perjanjian Brexit selepas rundingan terbaru mengenai Protokol Ireland Utara gagal mencapai sebarang kemajuan positif. Menteri Luar Ireland Simon Coveney mengulas bahawa pencetusan artikel 16 akan memburukkan lagi hubungan antara UK dan EU berkemungkinan membawa kepada perang perdagangan. Beliau menyatakan bahawa EU akan bertindak balas dengan cara yang sangat serius dan Ireland perlu menyediakan pelan kontingensi supaya mereka boleh mengurangkan risiko kepada ekonomi jika artikel 16 dicetuskan pada masa hadapan. Para ekonomis menegaskan bahawa tindakan sedemikian akan membawa risiko ekonomi yang lebih tinggi kepada UK memandangkan ekonomi mereka bergantung kepada EU. Dengan potensi keruntuhan dalam perjanjian perdagangan U.K – EU, paun sterling terus mengalami kerugian. Pada masa penulisan, GBP/USD jatuh sebanyak 0.13% kepada $1.3474.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.29% kepada $82.49 setong semasa penulisan susulan dengan Aramco meningkatkan harga jualan minyaknya. Menurut kepada laporan, Aramco telah meningkatkan harga jualan rasmi Disember ke Asia untuk minyak mentah ringan Arabnya. Langkah daripada Aramco menunjukkan bahawa “permintaan minyak mentah kekal kukuh”. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.01% kepada $1817.81 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.80.
Tahap rintangan: 94.50, 95.15
Tahap sokongan: 93.80, 93.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3425. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3615, 1.3815
Tahap sokongan: 1.3425, 1.3305

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1530. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1875
Tahap sokongan: 1.1530, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 113.35. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 114.55, 115.40
Tahap sokongan: 113.35, 112.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7380. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7435, 0.7530
Tahap sokongan: 0.7380, 0.7305

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7110. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7210
Tahap sokongan: 0.7110, 0.7015

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.2460. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2460, 1.2525
Tahap sokongan: 1.2400, 1.2335

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9075.
Tahap rintangan: 0.9155, 0.9225
Tahap sokongan: 0.9075, 0.9005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 81.50. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 83.30.
Tahap rintangan: 83.30, 85.85
Tahap sokongan: 81.50, 79.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1819.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1819.75, 1830.60
Tahap sokongan: 1807.50, 1796.95