8 December 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar berundur susulan dengan sentimen pasaran yang optimis.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah berundur daripada paras tertinggi susulan dengan berita yang positif terhadap varian Omicron dan penurunan dalam kadar oleh China mendorong keyakinan pasaran dan mendorong para pelabur mencari aset yang lebih berisiko. Berdasarkan perkembangan terkini mengenai varian Omicron, seorang pegawai tertinggi WHO menyatakan bahawa Omicron nampaknya tidak menyebabkan penyakit yang lebih teruk daripada varian Covid sebelumnya. Beliau juga menyatakan bahawa data awal dari Afrika Selatan menunjukkan bahawa walaupun vaksin yang sedia ada mungkin terbukti kurang berkesan terhadap Omicron, tetapi vaksin masih bertahan dalam perlindungan dan ia adalah tidak mungkin dapat mengelak vaksin. Sebaliknya, sentimen risiko turut didorong oleh pengumuman daripada PboC untuk mengurangkan keperluan rizab bank sebanyak 50 mata asas pada minggu depan. Langkah tersebut akan membolehkan bank-bank China mengeluarkan kecairan bernilai $188 bilion ke dalam ekonomi. Ini akan membantu mengurangkan tekanan ke atas beberapa syarikat hartanah serta menyokong pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh sebanyak 0.22% kepada 96.15.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.07% kepada $71.84 semasa penulisan berikutan dengan keyakinan pasaran yang diperbaharui terhadap prospek permintaan. Kenyataan yang positif baru-baru ini daripada pelbagai pegawai yang menyatakan bahawa gejala yang dikaitkan dengan Omicron adalah tidak seteruk dengan jangkaan mereka telah membantu dalam meredakan kebimbangan para pelabur terhadap prospek permintaan dan meningkatkan harga komoditi. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak $1789.69 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah pengunduran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
23:00 CAD BOC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Oct) | 10.438M | – | – |
23:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.910M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 96.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.80, 97.60
Tahap sokongan: 96.05, 95.50
GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3195, 1.3055
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1275. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1375.
Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 113.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 112.75.
Tahap rintangan: 113.80, 114.60
Tahap sokongan: 112.75, 112.00
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7190.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7260
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6815. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2615. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2735.
Tahap rintangan: 1.2735, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2505
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9225. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9300, 0.9360
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9145
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 72.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 69.20.
Tahap rintangan: 72.10, 75.25
Tahap sokongan: 69.20, 65.25
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1781.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1807.85.
Tahap rintangan: 1807.85, 1831.50
Tahap sokongan: 1781.35, 1748.55