8 Disember 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar berayun menjelang data ekonomi yang ditunggu-tunggu.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berlegar berhampiran paras 105.00 sejak awal minggu kerana para pelabur sedang menunggu lebih banyak data ekonomi untuk meneliti arah mata wang. Berikutan pengumuman data PMI Bukan Pembuatan ISM, indeks dolar telah mengalami pergerakan yang agak perlahan. Walaupun begitu, kita masih mendapati bahawa indeks dolar berjaya mencatatkan sedikit keuntungan semasa sesi dagangan sebelumnya kerana penghindaran risiko menggesa pelabur untuk beralih ke mata wang selamat. Pada ketika ini, peserta pasaran kekal berhati-hati sementara menunggu data Tuntutan Pengangguran. Sebaliknya, pasangan USD/CAD melonjak di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar daripada Bank of Canada (BoC). Semalam, ahli rasmi BoC meningkatkan kadar tunainya daripada 3.75% ke 4.25%, sejajar dengan jangkaan konsensus. Semasa penulisan, pasangan mata wang USD/CAD meningkat 0.24% ke 1.3685.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun semula sebanyak 0.22% ke $72.85 setong selepas merosot lebih daripada 4% semalam di tengah-tengah peningkatan stok peyulingan dan petrol di AS. Selain itu, harga emas turun -0.22% ke $1782.15 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 225K | 230K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 105.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 106.65.
Tahap rintangan: 106.65, 107.95
Tahap sokongan: 105.00, 103.15
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2200. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.2200, 1.2345
Tahap sokongan: 1.2000, 1.1820
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0475. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.0615, 1.0775
Tahap sokongan: 1.0475, 1.0365
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 136.45. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya menutup lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 136.45, 138.90
Tahap sokongan: 134.15, 131.25
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6725. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.6725, 0.6860
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530.
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6355. However, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460
Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3740.
Tahap rintangan: 1.3740, 1.3885
Tahap sokongan: 1.3600, 1.3505
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9405. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9530.
Tahap rintangan: 0.9530, 0.9625
Tahap sokongan: 0.9405, 0.9310
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 72.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 76.10, 80.60
Tahap sokongan: 72.35, 66.25
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1766.50. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1805.90, 1850.95
Tahap sokongan: 1766.50, 1726.15