9 Januari 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Data positif meningkatkan permintaan pasaran terhadap AUD.
Dolar Australia telah melantun dari paras rendahnya berlatarbelakangkan data ekonomi yang positif serta penyusutan ketegangan diantara AS dan Iran. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.15% ke 0.6875. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, Trade Balance bagi bulan November memberikan bacaan surplus sebanyak 5.80 bilion, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 4.15 bilion. Pemulihan yang ketara adalah berpunca dari eksport sumber sementara nilai pertukaran AUD yang lemah telah membantu meningkatkan eksport perkhidmatan. Tambahan pula, pasangan tersebut menerima sokongan bullish yang lebih lanjut selepas AS dan Iran berundur dari konflik di Timur Tengah. Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Presiden AS Donald Trump pada semalam, beliau menyatakan untuk bertindak balas terhadap Iran dengan menggunakan sekatan dan bukannya peperangan. Selain itu, Iran tidak memberikan isyarat untuk melakukan sebarang tindak balas yang lebih lanjut selepas AS membunuh salah satu senior komander tentera pada hari Jumaat yang lepas. Namun, keuntungan pada dolar Australia adalah terhad selepas kadar import bagi bulan November mengecut sebanyak -3%. Pengecutan pada kadar import meningkatkan kekhuatiran terhadap perbelanjaan domestik yang boleh mendorong kepada pemulihan kadar inflasi yang lebih lembap. Untuk setakat ini, para pelabur akan memantau ke atas data ekonomi dari Australia serta keadaan geopolitik di Timur Tengah bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memulih sebanyak 0.12% ke $60.06 setong. Harga minyak menjunam lebih daripada 5% pada semalam berikutan dengan penyusutan ketegangan diantara AS dan Iran dan ini telah menurunkan jangkaan untuk berlakunya gangguan bekalan minyak dari Timur Tengah. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.26% ke $1,5559.78 se troy auns berikutan dengan risiko di dalam pasaran yang masih berlegar seperti Brexit di UK.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17.30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21.30 | USD – Initial Jobless Claims | 222K | 220K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.65, 96.15

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3100. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3175.
Tahap rintangan: 1.3175, 1.3225
Tahap sokongan: 1.3100, 1.3045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1105. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1140.
Tahap rintangan: 1.1140, 1.1195
Tahap sokongan: 1.1105, 1.1070

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 108.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.65.
Tahap rintangan: 109.65, 110.55
Tahap sokongan: 108.75, 107.70

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6865. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6810

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6620. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6675.
Tahap rintangan: 0.6675, 0.6735
Tahap sokongan: 0.6620, 0.6560

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3045. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3110
Tahap sokongan: 1.2965, 1.2905

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9740. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9740, 0.9810
Tahap sokongan: 0.9670, 0.9585

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 60.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 58.40.
Tahap rintangan: 60.75, 62.45
Tahap sokongan: 58.40, 56.65

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1552.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1582.00, 1608.90
Tahap sokongan: 1552.15, 1517.65