09 Februari 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia telah meningkat susulan dengan peningkatan sentiment selera risiko.
Aset berisiko seperti Dolar Australia telah melantun dengan ketara daripada paras yang lebih rendah di tengah-tengah peningkatan selera risiko dalam pasaran kewangan global berikutan perkembangan positif daripada pandemik Covid-19, yang mencetuskan momentum bullish ke atas Dolar Australia. Menurut kepada World Health Organization (WHO), mereka secara rasmi menegaskan bahawa data-data terkini telah menunjukkan bahawa varian coronavirus Omicron hanya menyebabkan gejala yang lebih ringan daripada varian sebelumnya sambil mengakibatkan kadar kematian yang rendah. Walaupun bilangan kes disebabkan varian Omicron telah melonjak dengan ketara di seluruh dunia, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat telah mengurangkan tempoh pengasingan atau kuarantin dalam usaha untuk membolehkan orang ramai kembali bekerja atau bersekolah. Semasa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.24% ke 0.7162.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.32% ke $89.75 setong semasa penulisan. Harga minyak mentah telah menyusut selepas perbincangan di antara Amerika Syarikat dan Iran disambung semula. Para pelabur membuat spekulasi bahawa Iran akan meningkatkan lebih banyak bekalan minyak global sekiranya Iran dan A.S. mencapai kata konsensus manakala A.S. menghapuskan sekatan ke atas Iran. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.14% kepada $1828.35 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah risiko inflasi global terus meningkatkan daya tarikan untuk komoditi emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -1.046M | 0.369M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 95.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 94.55.
Tahap rintangan: 95.95, 96.80
Tahap sokongan: 94.55, 93.25
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3595. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap sokongan 1.3450.
Tahap rintangan: 1.3595, 1.3715
Tahap sokongan: 1.3450, 1.3340
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1475. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1380.
Tahap rintangan: 1.1475, 1.1525
Tahap sokongan: 1.1380, 1.1275
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 115.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 115.35, 116.25
Tahap sokongan: 113.65, 112.85
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7125. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7205.
Tahap rintangan: 0.7205, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7125, 0.7040
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6535. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6710.
Tahap rintangan: 0.6710, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6535, 0.6430
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2625. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2825, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2625, 1.2475
USDCHF, H4 USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9270. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9180.
Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345
Tahap sokongan: 0.9180, 0.9095
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 92.80. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 88.55.
Tahap rintangan: 92.80, 100.15
Tahap sokongan: 84.25, 75.00
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1811.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1828.00.
Tahap rintangan: 1828.00, 1847.60
Tahap sokongan: 1786.30, 1762.20